Wednesday 31 October 2012

Criminal Thinking : Part III


Pada hari ini, Adam akan memulakan harinya dengan menjadi seorang pelajar sekolah rendah. Sejak subuh lagi Adam sudah bersiap kerana terlalu gembira untuk memasuki sekolah barunya itu.

“Mak Ti, panggil Adam turun. Kita nak pergi dah.” kata Amira

“Baik Puan” balas Mak Ti

Tanpa menunggu masa lagi, Mak Ti segera mengatur langkahnya menaiki tangga rumah bangle tersebut ke bilik Adam. Sesampainya Mak Ti ke bilik Adam, kelihatan tiada kelibat Adam tiba-tiba Mak Ti terdengar suara Adam di bilik Aisyah. Mak Ti dengan segera ke bilik Aisyah.

“Mama, Adam nak pergi ke sekolah hari ini. Adam nak jadi pandai dan Adam nak bawa mama melancong seluruh dunia.” kata Adam di ribaan Aisyah. Tetapi Aisyah tidak memberi sebarang respon sambil merenung di luar jendela.
Mak Ti yang mendengar kata-kata Adam itu terus mengalir air mata kerana Mak Ti tahu bahawa Adam merupakan budak yang malang kerana tidak mendapat kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya dengan sepenuhnya.

“Mak Ti! Mana Adam? Sudah lambat ni.”jerit Amira

“Baik Puan. Kejap.” balas Mak Ti


Mak Ti dengan segera mengeringkan basahan air matanya dengan sehelai kain dan segera memanggil Adam

“Adam. Mak Su sudah panggil Adam. Cepat. Salam mama dulu.” kata Mak Tin

“Baik Mak Ti. Mama, Adam pergi dulu ya? Mama tunggu Adam tau. Adam akan balik dengan secepat mungkin. Sayang mama. Assalamualaikum mama.” kata Adam kepada Aisyah dan tetap Aisyah tidak memberi sebarang respon.

“Jom Adam.” kata Mak Ti


Selepas Adam bangun untuk pergi ke sekolah tiba-tiba tangan Aisyah memegang tangan Adam dan tarik Adam kepangkuan beliau. Adam terus membalas dakapan itu dengan tersenyum. Mak Ti yang menyaksikan aksi tersebut terus dibasahi dengan air mata.

Selepas beberapa ketika, Aisyah pun melepaskan Adam dan Adam terus turun ke bawah tetapi sebelum turun ke bawah, Adam melihat Mak Ti yang dibasahi air mata.

“Mak Ti, kenapa mata Mak Ti berair dan merah?” tanya Adam

“Ha? Oo.. Mak Ti potong bawang tadi, terpercik kena mata Mak Ti. Itu yang merah dan berair ni. Adam, cepat. Mak Su tengah tunggu Adam tu.” balas Mak Ti

“Baiklah Mak Ti. Assalamualaikum” kata Adam sambil salam tangan Mak Ti


Setelah Adam turun, Mak Ti berkata kepada Aisyah

“Puan, walaupun puan tidak tahu apa-apa sekarang tetapi percayalah cakap saya. Adam amat mencintai puan dan saya berjanji saya akan menjaga Adam sepenuhnya untuk puan” kata Mak Ti.

Tiba-tiba, Aisyah memaling kearah Mak Ti yang berada di hadapan pintu. Aisyah seolah-olah mengetahui apa yang dikatakan oleh Mak Ti tersebut. Beberapa ketika kemudian, Aisyah tersenyum kepada Mak Ti.

“Adam! Cepat sikit!” jerit Amira

“Ya Mak Su. Adam datang. Kejap.” balas Adam

“Lambat sungguh kamu. Kita dah lewat ni. Pak Su marah kejap lagi tak tahu la.” kata Amira


Adam terus masuk ke dalam kereta dan terus meminta maaf kepada Azman dan berjanji tidak akan buat lagi.

“Pak Su, maafkan Adam. Adam janji tak kan buat lagi.” kata Adam. Adam merupakan seorang yang murah dengan sikap meminta maaf dan suka menunaikan janji.

“Baiklah. Lain kali kalau lambat lagi macam ini, Pak Su tinggal ja ok?” kata Azman

“Baik Pak Su” balas Adam.


Setelah Azman memberi amaran kepada Adam , mereka pun bertolak dari rumah ke sekolah baru Adam iaitu Sekolah Kebangsaan Damansara.



15 minit kemudian…..

“Kringgggg”. Kedengaran bunyi loceng sekolah telah berbunyi sesudah mereka tiba di perkarangan sekolah baru Adam itu. Sesudah bunyi deringan loceng itu, kedengaran pula pengumuman yang diberikan oleh guru Sekolah Kebangsaan Damansara.

“Perhatian kepada semua pelajar baru yang ingin berdaftar sila ke dewan sekolah yang bersebelahan dengan dewan sekolah. Sekian terima kasih.”

“Ha, Adam. Cepat , kita pergi ke dewan sekolah baru Adam” kata Amira

“Baiklah Mak Su. Mak Su, cantik la sekolah baru Adam ni. Besar lagi.” kata Adam

Of course my dear. Tengok la siapa yang memilihnya.” sebut Amira dengan bangga

“Mak Su, kenapa Pak Su tak ikut sekali?” tanya Adam

”Pak Su pergi kerja la Adam. Kalau dia tak pergi siapa nak bagi Adam makan”

“Ooo. Mak Su baiklah temankan Adam” kata Adam dengan senyuman

My dear, Mak Su terpaksa teman kamu. Dah mama kamu tu gila. Kalau dia tak gila Mak Su takkan duduk disini la. Mak Su time-time ni dah ada dekat shopping complex dah.” kata Amira yang tidak sedar bahawa dia telah menyakiti hati Adam.


Setelah mereka berdua mencari tempat pendaftaran pelajar baru, akhirnya mereka berada juga dengan pertolongan staff sekolah itu. Dewan sekolah itu kelihatan sesak dengan pelajar baru dengan kedua-dua ibubapa. Ada yang menangis dan ada yang gembira. Tetapi bagi Adam, dengan ketiadaan ibubapa kandungnya sendiri menemani beliau ke sekolah baru merupakan perkara yang amat sedih bagi beliau.

“Assalamualaikum puan. Anak ke?” kata seorang cikgu yang menyapa Amira yang terdiam dihadapan pintu dewan tersebut.

“Eh, tidak. Ini anak saudara saya. Ibunya sakit sedikit sebab itu saya teman anak dia ini.” kata Amira

“Ooo… Kamu nama apa?” tanya cikgu tersebut.

“Nama Khairil Adam Bin Joseph Abdullah.” jawab Adam dengan pertanyaan cikgu tersebut

“Baiklah Adam, nama cikgu, Cikgu Ain.” kata cikgu tersebut

“Salam perkenalan Cikgu Ain.” kata Adam

Excuse me. Saya nak tanya pendaftaran macam mana ini?” tanya Amira

“Ooh..Puan pergi ke meja hujung sana dan isi borang yang akan diberikan oleh staff sekolah.” kata cikgu tersebut

Thank You ye. Adam jom.”


Setelah diberikan arahan oleh Cikgu AIn tersebut, Amira terus melangkahkan kakinya pergi ke meja yang ditunjukkan sebentar tadi bersama-sama Adam. Setelah diberikan beberapa borang, Amira pun pergi ke sebuah meja yang kosong intuk mengisi butir-butir peribadi Adam yang diminta.

Setelah 10 minit mengisi, Amira bersama-sama Adam pergi ke meja pendaftaran untuk penyerahan borang kembali. 
Setelah disemak dengan teliti oleh staff bersama dengan guru-guru, Adam pun telah diberikan bilik darjah yang akan menjadi tempat belajar Adam yang kekal bagi tahun pertamanya itu.

“Puan, bilik darjah anak saudara puan adalah di 1 Cempaka. Selamat datang dan selamat belajar Adam.” kata guru yang membuat pengasingan kelas tersebut

“Terima kasih ya.” kata Amira


Mereka pun mengatur langkah ke bilik dimana proses pembelajaran dan pelajaran daoat diberikan kepada Adam iaitu di 1 Cempaka. Sesudah sampai, Adam diarahkan oleh Amira untuk memilih tempat duduk didalam bilik darjah tersebut.

“Adam, pergi pilih tempat duduk. Selepas itu, datang sini balik tau?” kata Amira

“Baiklah Mak Su” balas Adam. Adampun memilih tempat yang kedua dihadapan dan berada di tengah-tengah kelas. 

Setelah Adam meletakkan beg sekolah beliau, tiba-tiba bahunya seolah-olah disentuh oleh seseorang.

“Assalamualaikum. Boleh kita berkawan” kata salah seorang daripada tiga orang yang berada dihadapan Adam

“Waalaikumsalam. Boleh. Nama saya Adam. Nama kamu bertiga siapa?” tanya Adam dengan senyuman yang terukir di bibirnya itu.

“Nama saya Amir. Ini Zizan dan yang botak itu Ismail. Salam perkenalan.Ismail ni yang duduk di sebelah awak.” kata Amir yang mengetuai perkenalan yang baru tercipta itu.

“Oo.. hehehe, Salam perkenalan juga. Semoga kita akan menjadi kawan yang baik di dalam bilik darjah ini.’ kata Adam

“Ya, saya pun harap begitu” kata Zizan sambil senyum


Mulai dari detik itu, terciptalah satu hubungan persahabatan yang utuh dan tak akan dipisahkan oleh apa-apa pun. Selepas memperkenalkan diri, Adam terus keluar untuk berjumpa dengan Amira.

“Mak Su, Adam dapat kawan baru hari ini.”

Well, it good for you. Now Mak Su nak balik. Pukul 1 nanti Mak Su datang ambil kamu. Jangan lewat.” kata Amira

“Ok Mak Su. Assalamualaikum.” kata Adam sambil mengucup tangan Amira


Amira pun berlalu pergi meninggalkan Adam di bilik darjah bersama-sama dengan rakan barunya itu. Tiba-tiba ada seorang murid yang menjerit.

“Cikgu datang….”

Semua pelajar segera berlari menuju ke tempat duduk masing-masing termasuklah Adam. Tiba-tiba masuklah seorang guru perempuan yang berkebaya biru dan bertudung pink ke dalam bilik darjah tersebut.

“Assalamualaikum semua” kata guru tersebut

“Waalaikumsalam cikgu.” kata semua murid

“Baiklah, cikgu akan menjadi guru kelas kamu pada tahun pertama kamu sini” kata guru tersebut

Tiba-tiba Adam terdiam dan berkata didalam hati,

“Eh, cikgu ni macam aku kenal ja” kata Adam.

Bersambung...................

No comments:

Post a Comment