Tuesday 9 October 2012

Criminal Thinking : Part II

Selang beberapa hari selepas Adam dilahirkan, Aisyah mengalami tekanan jiwa dan akhirnya beliau telah disahkan gila oleh doktor disitu. Aisyah telah dibawa ke rumah dengan dijaga oleh doktor Masturah iaitu kawan baik Aisyah zaman persekolahan dulu.

“Kesian Adam. Ayah sudah la tiada, maknya pula sakit” kata Mak Ti yang merupakan ketua bibik di rumah Joseph itu.

“A’aa..Lepas ini siapa pula yang akan menjaga Adam Mak Ti? ” kata Suhaila yang merupakan salah seorang bibik di rumah tersebut.

“Sebentar lagi mak saudara Adam datang untuk duduk di sini. Mereka akan menjaga Adam dan mereka itu akan menjadi majikan kita yang baru” jelas Mak Ti

“Oo..Mereka tu ok ke tak Mak Ti?” kata Suhaila

“Ish, tak baiklah kamu Su. Kita kena la fikir positive lagipun mereka itu majikan kita yang baru. Jangan nak mengata dekat mereka. Mereka baik macam Puan Aisyah la. Dah, pergi buat kerja. Sebentar lagi mereka datang” kata Mak Ti dengan nada marah

“Ala, Mak Ti nih, Su tanya ja. Ye laaa….” sahut Suhaila

“Betul juga persoalan Su itu. Mereka ini boleh harap ke jaga Adam. Sudah lama mereka tidak datang menjenguk di sini sejak Puan Aisyah hamilkan Adam. Eh…Ape aku buat nih?”

Tidak lama kemudian Mak Ti terdengar picitan horn kereta Proton Saga di luar rumah banglo milik Joseph. Apabila Mak Ti menjenguk di jendela rumah banglo itu.

“Oh, Puan Amira sudah sampai”

Dengan tidak menunggu masa lagi Mak Ti pun membuka pintu pagar utama dengan alat kawalan jauh .

“Assalamualaikum puan, tuan. Selamat datang ke rumah Tuan Joseph” kata Mak Ti

“Joseph!! Rumah Joseph?!!” kata Amira yang merupakan kakak Aisyah.

“Ya Puan. Rumah Tuan Joseph” balas Mak Ti

“Mak Ti!! Joseph dah meninggal. Tolong sikit. Ini rumah sudah jadi milik saya dan suami saya. Ingat itu Mak Ti!” kata Amira dengan nada sombong.

“Puan Aisyah ada puan. Bukankah selepas tuan meninggal, dia wariskan rumah ini kepada Puan Aisyah”

“Mak Ti!! Aisyah tu dah gila!! Macam mana dia nak uruskan rumah ini? Sudah Mak Ti! Muali dari sekarang rumah ini milik kami berdua” balas Amira

“ Ya Mak Ti. Sudah la tu. Jangan fikirkan bab hal ini boleh tak?? Biar kami yang uruskan. Mak Ti just jaga Adam bagi pihak Aisyah sudah. Dah Mak Ti, panggil Pak Harun angkat beg kami ini.” kata Mohd Azman bin Musa yang merupakan suami kepada Nor Amira Bt. Mohd Khalid.

“Baiklah Tuan, Puan. Maafkan saya” kata Mak Ti lalu memanggil Pak Harun yang merupakan pekebun tetap Joseph.

“Harun….. Mari lee angkat beg tuan dan puan ini” jerit Mak Ti yang memanggil Pak Harun tersebut.

“Iye, iyee. Awok datang la ni” kata Pak Harun yang tidak lama kemudian muncul dari sisi rumah banglo tersebut.

“Mira, lepas ini kita kaya la. Hahaha…” kata Azman

Of course. Lepas ini kita bolot habis-habisan lepas ini.” kata Amira

Mereka pun ketawa tanpa disedari perbualan mereka didengari oleh Mak Ti. Mulai dari itu, Mak Ti mula mensyaki perkara buruk akan berlaku ke atas Adam.



5 tahun kemudian


“Mak Ti!! Kenapa sepah mainan Adam ini dekat ruang tamu ini?! Sebentar lagi Dato’ Ismail nak datang…” kata Amira

“Maafkan saya puan. Saya tak sedar Adam main dengan mainan dia di hadapan ruang tamu ini. Saya akan kemaskan dengan segera puan.”

“Buat cepat sikit. Mana Adam? Adam!!” jerit Amira memanggil Adam yang berusia 5 tahun.

“Ya Mak Su?” tanya Adam

“Nih apa ni?? Semak la. Kawan Mak Su datang kejap lagi nanti dia kata apa pula??!! Kau nih, kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke??!!!” kata Amira seterusnya mencubit tangan Adam.

Dengan cubitan yang kasar dari Amira, Adam pun menangis dan berlari ke dalam bilik Aisyah iaitu ibunya. Walaupun dia tahu yang ibunya tidak waras lagi tetapi dia tahu bahawa ibunya masih sayang kepada dia. Walaupun Aisyah tidak waras, setiap kali dia merenung wajah Adam, dia akan mengenang Joseph iaitu suaminya. Aisyah pun memeluk Adam yang dalam tangisan kesakitan daripada cubitan Amira.


“Puan. Maaf kalau saya menegur. Puan tak patut cubit Adam tadi. Dia masih budak” kata Mak Ti yang menyaksikan peristiwa itu.

“Mak Ti. Tak nampak ke yang dia telah menyusahkan saya. Kalau nak main, main la tempat lain. banyak lagi ruang yang boleh dia main. Kenapa sini juga??!! Eee..Geramnya!!” kata Amira

“ Ya saya tahu, tetapi dia masih budak. Tak patut puan lakukan sebegitu rupa. Sepatutnya, puan cuma memberi nasihat kepada dia agar dia tak buat lagi”

“Mak Ti, saya bayar gaji Mak Ti just nak beleter saya ke untuk buat kerja?!! Sudah!! Pergi buat kerja…..Kacau betul!!” kata Amira dalam keadaan marah.

“Maafkan saya puan. Saya kerja dulu” kata Mak Ti


Selang beberapa minit kemudian Dato’ Ismail pun datang ke rumah banglo tersebut.

“Hello Amira,  long time no see. How are you?” kata Dato’ Ismail

“I’m fine Dato’” balas Amira

Kemudian mereka berborak sehinggalah  Maghrib tiba. Manakala Adam yang berada di dalam bilik tadi dipujuk oleh Mak Ti. Selepas menasihati Amira, Mak Ti terus pergi ke Adam yang menangis di ribaan Aisyah.

“Adam, sudah la tu. Mak Su Amira bukan sengaja buat macam itu dekat Adam” pujuk Mak Ti

“ Mak Su tak sayang Adam, sebab itu dia buat Adam.” balas Adam

“Tak, dia marah sebab sayang Adam. Adam lain kali jangan la main depan ruang tamu tau? Main la dalam bilik Adam. Ok?”

“Mak Ti, papa Adam sayang Adam tak?” tanya Adam soalan yang mengejutkan Mak Ti

“Adam, tak baik kata macam itu. Papa memeang sayang Adam. Sayang sangat-sangat. Kenapa Adam tanya soalan macam itu?” balas Mak Ti dengan tenang

“Habis itu, kenapa dia tinggalkan Adam seorang dengan mama?” kata Adam sambil air mata membasahi pipi

“Adam, papa teramat sayang Adam. Papa pergi ada sebab. Apabila Adam sudah berusia 15 tahun, Mak Ti akan ceritakan”  balas Mak Ti sambil mengesat air mata Adam dengan sehelai tuala

“15 tahun? Adam baru 5 tahun Mak Ti. Lambat lagi laa”

“Buat masa sekarang, Adam masih muda untuk Memahami keadaan ini. Adam tunggu la ye?”

“Baik Mak Ti”

“Sudah, siapa nak main mainan dengan Mak Ti ni?” kata Mak Ti yang ingin mengambil hati Adam

“Adam la. Hehehe” balas Adam


Sebenarnya Mak Ti mempunyai agenda lain yang Adam ingin bongkarkan. Janji itu Mak Ti simpankan di dalam hati 
beliau dan akan dia beritahu Adam pada hari lahir Adam keadaan yang sebenarnya belaku. pada usia Adam yang ke 15, di situlah bermulanya kisah pengembaraan seorang anak yang akan menyelesaikan konflik yang berlaku pada keluarga beliau.


Pada waktu maghrib selepas Dato’ Ismail pulang, Amira kembali memanggil Adam.

“Adam!! Mari sini kejap!! Pak Su kau mahu jumpa” jerit Amira

“Pak Su, ada apa?” tanya adam sambil memeluk sebuah patung beruang

“Tadi kawan Pak Su kata semak di rumah Pak Su ni. Malu Pak Su! Kamu ni, tak sudah membawa sial kepada aku” kata Azman

Sejurus Azman berkata begitu, beliau mengangkat tangan ingin menampar Adam. Tiba-tiba ada seorang yang menahan tangan Azman daripada menampar Adam.

“Kau sakiti Adam lagi, kau sakit” kata Aisyah yang kemudianya melepaskan tangan Azman dan dengan segeranya beliau terus memeluk Adam


Azman dan Amira tergamam dengan kehadiran Aisyah itu. Tidak lama kemudian mereka pun meninggalkan tempat tersebut. Tetapi, Azman berkata sesuatu kepada Aisyah.

“Kita tengok siapa yang sakit dahulu” kata Azman


Selepas Azman dan Amira meninggalkan tempat itu Mak Ti pun muncul

“Puan tidak apa-apa ka?”

Aisyah hanya senyum tanpa suara sambil memeluk Aisyah........


Bersambung..................................

No comments:

Post a Comment