Thursday 1 August 2013

Hatiku

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah...Segala pujian bagi Allah yang telah menciptakan segumpal darah yang bernama hati di dalam setiap diri manusia untuk dijadikan tempat simpan segala perasaan...Selawat dan salam khususnya terhadap Rasulullah saw penghulu segala umat di dunia ini...

Hari ini bersamaan 24 Ramadhan, 2 August 2013... Pukul 1:30 pagi di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan...Terbangun daripada tidur kerana dentuman mercun oleh penghuni Kolej Cempaka Sari yang tidak sabar untuk menyambut kedatangan bulan Syawal yang bakal tiba... Tetapi bukan itu sahaja yang menyebabkan aku terbangun, tetapi kerana terdapat satu perasaan yang aku rasa dah lama aku pendam... Mungkin sesetengah pihak sudah tahu tetapi ini adalah hasil luahan hati selepas aku luahkan kepada Allah Azzawajalla di tengah pagi ini...

Sesungguhnya diri aku ini penuh dengan kelemahan yang tidak disangkal lagi... Kelemahan ini lah yang semakin hari semakin membuatkan aku terus hidup kerana kelemahan inilah yang mengajar aku erti kehidupan sebenarnya... Aku tidak mahu memohon kelebihan terhadap diri aku kerana aku tahu apabila aku mempunyai kelebihan yang orang lain tidak mempunyainya pasti aku akan lari jauh daripada niat aku untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada segala perintahNya... Aku tahu juga jika aku mempunyai kelebihan pasti aku akan riak dan takbur... Sesungguhnya aku hanya ingin rintih isi hati aku yang selama ini amat sakit dan aku tidak tahu bagaimana ingin mengubatinya... Rintihan isi hati aku ini yang dahagakan kasih sayang daripada orang yang istimewa selepas keluarga aku...

Kepada mama dan abah, wan nak minta maaf kalau sepanjang wan dilahirkan sebagai anak mama dan abah, wan ada banyak buat salah dan sering menyakitkan hari mama dan abah... Kepada semua kakak, abang dan adikku, aku juga ingin memohon maaf jika aku telah menjadi seorang adik ataupun seorang abang yang tidak bertanggungjawab sepanjang aku bernama Muhammad Ridzwan Bin Abdul Halim... Mungkin sudah jadi lumrah hidupku apabila mempunyai perasaan sedih... Kesedihan inilah yang aku alami setiap hari walaupun tidak mempunyai sebab yang sebenarnya...  Kerana aku yakin bahawa pada masa hadapan kelak aku akan bergembira dan mudah tersenyum...  In shaa Allah..

Kepada seorang idola dan seorang abangku di Kampus Seri Iskandar, terima kasih sangat-sangat kerana telah mengajar aku memjadi pemimpin dan adik yang baik di sini...  Maafkan aku jika aku telah melakukan kesalahan terhadapmu....

Kepada seorang yang aku kasih, cinta dan aku anggap kamu sebagai bidadariku didunia ini mahupun di akhirat kelak... Aku berdoa semoga engkau bahagia di bawah rahmatNya kerana aku yakin engkaulah insan yang telah mengubah hidup aku daripada seorang yang suka bermain dengan hati perempuan kerana nafsu dan kini menjadi seorang yang setia pada yang satu... Mungkin aku tahu bahawa diriku tidak layak bagimu, tetapi aku berdoa agar engkaulah ratu hatiku yang ku inginkan engkau menjadi seorang makmum di dalam kehidupan aku pada masa hadapan kelak...  Walaupun aku tahu kekadang aku mengongkong kamu, tetapi percayalah aku mengongkong mu bukan kerana aku tidak mempercayaimu, tetapi aku ingin menjaga mahar dan kehormatan kamu sebagai bidadari syurga... Aku tahu engkau semakin dekat dengan agama dan ku amat menyanjunginya dan aku berjanji yang aku akan menjagamu di dunia mahupu di akhirat kelak...  Percayalah bahawa aku amat menyintaimu kerana engkaulah perempuan yang membuatkan ku lebih dekat dengan Allah swt...  Aku berterima kasih sangat kepada kamu...  In shaa Allah aku akan mengahwini kamu setelah engkau bersedia... In shaa Allah...

Ya Allah, aku telah lakukan segala  perintahMu dan jika aku terlanjur atau terpesong daripada landasan keimanan, aku ingin memohon kemaafan kepadaMu supaya aku dapat bahagia di sana kelak...  Ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai beberapa insan yang menjaga aku di rumah mahupun di tempat aku berjihad menuntut ilmu ini... Engkau jagalah mereka seperti mana engkau menjaga aku... Kerana sesungguhnya aku amat menyayangi mereka...  Amin x3...


p/s:  Kehidupan ini adalah tempat untuk kita mencari segala kelemahan kita kerana setelah kita mencari kelemahan kita pasti di masa hadapan kelak akan bertemu dengan kelebihan kita... Amin...=')
[ Senyuman dalam tangisan ]