Sunday 22 April 2012

Cintaku Kepada Si Dia

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, bersyukurlah kita kepada Allah s.w.t. di atas limpah dan kasih-Nya kerana memberikan kita kesempatan untuk bernafas dan menikmati lagi keindahan alam ciptaan-Nya ini.
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang tercinta dan seluruh keluarga Baginda dan sahabat-sahabat Baginda yang berjuang di atas kebenaran yang ada pada agama Allah ini iaitu ISLAM.

Tujuan saya menulis post kali ini yang bertajuk "Cintaku Kepada SI DIA" adalah ingin menunjukkan bahawa betapa besarnya cinta saya kepada SI DIA. Siapakah SI DIA yang dimaksudkan oleh saya?? Di akhir blog ini akan saya perkenalkan siapakah SI DIA yang dimaksudkan..InsyaAllah..Baiklah.... Mari kita selami apa yang ingin saya sampaikan.

Persoalan yang pertama saya tujukan kepada anda semua.. Di dalam dunia ini siapakah yang kita cintai??
Inilah senarai yang mungkin dijawab oleh anda semua..
- IBUBAPA
- KEKASIH
- ISTERI/SUAMI
- KAWAN-KAWAN
- KELUARGA yang terdekat
- GURU-GURU
dan sebagainya.....Baiklah, tidak mengapa. Itu adalah jawapan anda...

Kita teruskan lagi dengan persoalan yang kedua...
Berapa dalamnya cinta kita kepada orang yang kita cinta??
Kebanyakan orang yang kita tanya mengenai soalan ini akan berkata "Aku sanggup harungi lautan berapi untuk mendapatkan si dia.. Wah! Bukan main lagi cinta kita kepada orang yang kita cintai dan sayangi... Malah ada yang sanggup menghabiskan duit mereka beratus-ratus, beribu-ribu dan berjuta-juta demi orang yang di cintainya...Sampaikan jika ada tercalar sedikit sahaja kepada orang yang kita sayangi ini akibat sesuatu, sanggup kita bawa dia ke hospital swasta untuk merawat dia... Baiklah, tidak mengapa...Itu adalah jawapan anda....

Kita teruskan lagi dengan persoalan yang ketiga....
Apabila kita berjauhan apakah yang kita lakukan untuk mengingati orang yang kita cintai??
Ramai yang akan kata, " kami boleh SMS, call dan VideoCALL..Dengan cara ini kami akan sentiasa mencintai dan saling mempercayai...Itu pada zaman teknologi terkini..Jika ditanya pada zaman 1990 keatas, apa yang mereka akan kata jika ditanya dengan soalan ini?? Mereka akan berkata," Kami boleh bersurat..Dengan cara ini kami dapat menanyakan khabar orang yang kami cintai"...Tidak mengapa, itu jawapan anda...

Kita teruskan lagi dengan persoalan yang keempat....
Jika orang yang kita cintai sudah tiada, adakah kita masih mengingati dan mencintai dia??
Banyak orang akan menjawab, "Ya..Saya akan mengingati dan akan mencintai dia selama-lamanya.. Kerana itu janji kami.. Kalau kita boleh tengok kembali cerita "Anakku Sazali"..Janji yang sama diungkapkan oleh Hasan iaitu ayah Sazali kepada ibu Sazali..Wah! Romantisnya janji dan kesetiaan kita..Tidak mengapa..Itu jawapan anda...

Persoalan yang kelima dan yang terakhir..
Apakah ada benda yang akan membuatkan kita mengingati orang yang kita sayang bila dia tiada lagi??
Pasti ramai orang akan menjawab.."Semasa kami bercinta, kami saling mempunyai cincin setia yang akan mengingatkan kamii antara satu sama lain"...Wah! terharunya kita apabila ada orang yang kita sayang memberikan kita sebegitu..Bukan cincin sahaja yang saya maksudkan...Banyak lagi barang yang dijadikan sebagai ingatan ketika sudah tiada...Tidak mengapa...Itu jawapan anda...


Baiklah...Itulah persoalan yang ingin saya tanyakan..Banyak lagi yang boleh ditanya, tetapi cukuplah 5 soalan ini...Baiklah mari kita tanya selami apa yang saya ingin kongsikan...

Jika kita sedar pada persoalan yang pertama iaitu "Di dalam dunia ini siapa yang kita cintai??"
Baiklah, semua jawapan yang diberikan oleh anda semua adalah benar belaka...TETAPI kita terlupa seorang yang selama ini berjasa kepada kita yang sentiasa mengingati kita setiap masa...Kita terlupa pengorbanan beliau di atas muka bumi ini...Beliau sanggup mengharungi segala kepahitan dan kesakitan demi cintanya kepada kita di dunia ini...Bagi beliau, bak kata Jamal Abdillah kitalah "kekasih Awal dan Akhir"...Kesetiaanya kepada kita tidak pernah berbelah bagi...Tetapi sayangnya, cinta beliau tidak pernah dibalas oleh kita kerana kita lupa dengan ancaman arus pemodenan yang dikecapi selama ini...
Baiklah...Saya tidak mahu berteka teki lagi dengan anda semua tentang cinta saya kepada SI DIA..Siapakah SI DIA yang dimaksudkan...Namanya kita sebuat tiap-tiap hari jika kita lakukan suruhan Allah s.w.t...Kita ingat dia tiap-tiap hari...Tetapi siapakah SI DIA?? Dialah NABI MUHAMMAD S.A.W...

Lupakah kita kepada Baginda???Lupakan kita kepada pengorbanan Baginda kepada kita semasa ingin menyebarkan agama Allah s.w.t. iaitu Islam??
Mari kita sama-sama muhasabah dan ingat kembali jasa-jasa Baginda kepada kita...
Bayangkan kita diberi seminit untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w...Apakah kita akan lakukan??
Jika saya ditanya soalan itu, pasti saya akan mencium, peluk Nabi dan saya tidak akan lepaskan...Jika diberi pilihan untuk memilih dunia atai Nabi walaupun seminit, saya akan memilih Nabi...Kerana dialah yang memberikan kita peluang untuk duduk syurga di Negara Akhirat kelak...Kerana dengan kesungguhan Baginda dalam menyampaikan dakwah islamiah, kita sekarang dalam agama Allah iaitu Islam...
Kita tanya balik diri kita, berapa banyak kita selawat dan ingat kepada Rasulullah s.a.w selain di dalam solat???
Siapakah yang akan memberikan syafaat kepada kita jika kita ditimpa kesusahan di hadapan Allah nanti??
Kekasih kita??
Ibu bapa??
Kawan??
Guru?? Keluarga terdekat dan sebagainya??
TIDAK sama sekali...Tetapi cintanya Nabi Muhammad s.a.w. beliau jaga Umatnya iaitu kita laa...Beliau minta pada Allah untuk memberikan syafaat kepada kita di Negara Akhirat kelak...
Kalau nak tahu selebihnya???
Tengoklah video ini....
http://www.youtube.com/watch?v=zy0QSK6esLI&feature=related


Video ini menunjukkan betapa sayangnya Nabi kepada kita...Marilah kita muhasabah kembali diri kita...InsyaAllah, pintu taubat masih terbuka dan kasih Rasulullah s.a.w. tidak pernah terhenti di situ sahaja kepada kita...Kasih Baginda kepada kita akan berterusan sehingga di SYurga Allah kelak...InsyaAllah..
Setakat itu sahaja daripada saya...
Wallahu'Alam...
Sollu na'alannabi selawatlah kepada Nabi Muhammad s.a.w......
Assalamualaikum...

Sunday 15 April 2012

Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati.......


Assalamualaikum...
Satu soalan sahaja yang ingin saya tujukan...
Iaitu "Sudahkah kita bersedia ke Alam Barzakh yang merupakan salah satu tempat persinggahan untuk kita ke Alam Akhirat".....
Sudah???


Inilah diantara soalan yang bakal ditanya oleh Malaikat Mungkar dan Nakir

- Siapakah TUHAN Kamu?
- Siapakah Nabi Kamu?
- Apakah Agama Kamu?
- Apakah Kiblat Kamu?
- Apakah pegangan iktikad kamu?
- Siapakah saudara-saudara kamu?
Dan jawapan sudah diberikan di dunia..Inilah jawapannya....

» Allah Tuhanku
» Muhammad Nabiku
» Islam Agamaku
» Baitullah kiblatku
» Kitab suci Al-quran ikutanku
» Mereka yang beriman semuanya
saudaraku

Tetapi ingatlah bahawa tidak kesemua jawapan ini kita boleh jawab. Kita hanya boleh jawab kesemuanya dengan betul sekiranya amalan kita semasa di dunia merupakan amalan mahmudah dan amalan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t...Dan jika sebaliknya, maka soalan yang terpampang jawapannya tidak akan terjawab oleh kita..na'uzubillah...Semoga kita mempertingkatkan amalan mahmudah kepada Allah s.w.t.....

Wednesday 11 April 2012

Jauhkanlah Kami dari segala Bala @ Musibah

Assalamualaikum...
Sesungguhnya dunia ini bukanlah milik kita. Ianya milik Allah s.w.t. Dan sesungguhnya kita hanya meminjam daripada Allah s.w.t....Oleh itu, kita harus sedar bahawa Allah s.w.t. boleh menguji manusia dengan apa-apa sahaja di atas muka bumi ini...Saya baru dapat berita bahawa bumi Aceh baru sahaja digegarkan dengan gmpa bumi dengan skala 8.7 skalarichter...Innalillahiwainnailaihirrai'un...Nampaknya dunia semakin hampir menunjukkan tanda-tanda akan berlakunya kiamat besar ataupun kubra..Marilah kita sama-sama memohon agar kita selamat dari segala malapetaka atau musibah yang di uji oleh Allah s.w.t....



Amin Ya Rabbal'alamin...Semoga Allah jauhkan kita dari bencana alam seperti tsunami...Amin.....
Assalamualaikum....











Tuesday 10 April 2012

The New Me....


Name : Muhammad Ridzwan Bin Abdul Halim
Status : Single but I've choose one...(^_^)
Email : mridzwan68@yahoo.com
muhammadridzwan68@yahoo.com
Location : At Perlis Bowl

Monday 9 April 2012

Janji Kita Dahulu

Janji Kita Dahulu


Janji Kita Dahulu III

Setahun kemudiannya........


"Zul... Kalau Zul di Uitm nanti, jangan lupa Sarah pula na??" kata Sarah
"Sarah. Zul tak kan lupakan Sarah walaupunn kita berjauhan. Zul ingat lagi janji kita dekat padang ni. Kalau la Zul orang kaya sekarang, Zul akan kawinkan Sarah sudah. Tapi Zul orang sederhana Sarah. Tapi tidak mengapa. Lepas Zul habiskan ijazah dalam jurusan Teknologi Maklumat ini, Zul akan datang nikahkan Sarah. Janji  Zul dekat Sarah." kata Zulkifli
"Zulkifli, Sarah nak bagi tahu sesuatu."
"Apa Sarah??" tanya Zulkifli
"Sarah sayang sangat-sangat dekat Zul. Sarah akan tunggu Zul pulang kat kampung ni walaupun mengambil masa yang lama. Sarah nak Zul ambik selendang Sarah ni supaya Zul ingat Sarah dekat sana."
"Terima kasih Sarah." kata Zulkifli sambil tersenyum
"Sarah, hampir maghrib dah nih. Jom kita balik rumah." ajak Zulkifli sambil memegang erat selendang yang diberi oleh Sarah itu tadi.
"Jom......"

Mereka pun pulang ke rumah masing-masing. Apabila sampai di rumah, Zulkifli berasa sesuatu yang tidak menenangkan hatinya. Lalu Zulkifli pergi ke masjid untuk bermunajat kepada Tuhan Yang Esa iaitu Allah s.w.t.
Setelah hampir setengah jam bermunajat kepada Allah, lalu Zulkifli menadah tangan lalu berdoa.

"Ya Allah. Esok akan ku keluar dari kampung halaman ini kerana dengan izin-Mu aku akan melanjutkan pelajaran ke Uitm. Maka dari itu, janganlah kau memesongkan hati aku dari jalan-Mu.  Ya Allah, aku telah jatuh hati dengan Siti Sarah Binti Wahab, maka dari itu, dekatkanlah hati aku dengannya dan janganlah kau memberikan perempuan yang lain selain Sarah kerana aku amat menyintainya kerana keimanannya kepada-Mu. Amin................" Doa Zulkifli kepada Tuhan Sekalian Alam....

Selesai Zulkifli berdoa, Zulkifli pun pulang ke rumahnya.
Pada keesokan harinya, Zulkifli sudah bersedia untuk berangkat ke Uitm Shah Alam. Keluarga Pak Wahab juga turut hadir pada pagi itu tetapi Sarah tidak hadir kerana terlalu sedih.

"Pak cik, Sarah mana??"tanya Zulkifli
"Sarah tak nak ikut sebab dia sedih sangat-sangat sekarang. Zul pergilah. nanti dia ok lah tu.."kata Pak Wahab
"Baiklah. Zul pergi dulu na Pak Cik, Mak Cik. Assalamualaikum.." kata Zulkifli

Zulkifli pun pergi meninggalkan kampung halaman dia yang tercinta itu bersama-sama dengan keluarganya menuju ke kampus Uitm Shah Alam. Zulkifli tidak mengetahui bahawa rencana hidup dia ketika di sana akan berubah sama sekali.

Setelah 1 bulan berada di Uitm.....


"Zul, aku rasa Anis tu suka kau la. Gaya dia memang jelas suka kat kau."kata kumar
"Ada-ada ja kau nih. Dia tu budak 'hot' ok. Ada pula nak suka dekat aku. Aku siapa la orang nak suka. Lain la kau tu Kumar. Hensem lagi(sambil ketawa)" kata Zulkifli
"Kau tengok betul-betul Anis tu. Dia tengah tengok dekat kau la."
"A'a la Kumar. Anis tengah tengok Zul la. habis la kau Zul. Budak 'hot' la lepas nih. Hahaha" kata Danial budak pandai dalam kumpulan kawan Zul.
"merepek la korang dua nih. yang Hafiz tak kata apa pun yang korang kalut pasal apa? Jeles la tu." kata Zulkifli
"Kau cuba tanya dulu Anis tu, baru la kau tahu hal sebenarnya. Anis penah jumpa aku la Zul. Dia tanya pasal kau. Cuba kau pergi minta 'couple' tengok dengan dia. Apa yang dia kata??" kata Hafiz dengan cabaran dia kepada Zulkifli

 Zulkifli merupakan seorang yang suka akan cabaran. Akhirnya Zul terjerat kepada perangkap yang akan melupakan janji beliau kepada Sarah.
"Baiklah. Aku sahut cabaran kau tu. Kau tengok sudah" kata Zulkifli
"Hai. Aniskan?" kata Zulkifli
"Hai. Ya. Tak kan tak kenal kita nih. Sem n course pun sama, tak kan tak kenal" kata Anis
"Tak lah. Saja ja nak make sure ja. Jap, I nak tanya you something. I dengar dari kawan I yang U selalu tanya pasal I. Betul ka?"
"If you want to know, come and pick up me at 9 o'clock at my house. Don't be late." kata Anis
"Alright." balas Zulkifli

"Wooooo...Kan aku dah kata. betul tak dia ajak kau keluar malam nih?" kata Hafiz
"Betul lah. Dia nak bagi tahu jawapan mala nih."
"Wah...hahaha.. Bagus betul la kawan aku nih."kata Kumar

Pada malam harinya di rumah Anis.Zulkifli tepat pada masanya untuk menganbil Anis pergi berjalan-jalan dengan kereta Myvi yang dibeli oleh Zulkifli pada minggi lepas.


"Hai, Good. You are on time. I suka cara U." kata Anis yang berjalan kearah kereta Zulkifli dan terus masuk ke dalam kereta
"Eh! nih kain buruk apa nih? Buang ja la..." kata Anis kepada selendang Sarah yang diberi kepada Zulkifli yang tidak sedar akan perlakuan itu terus menekan pedal minyak.

Selepas mereka berdua sudah puas ronda di seluruh Shah Alam, akhirnya tibalah masa untuk Anis memberitahu Zulkifli.
"Zul, U ingat tak janji I bila U jumpa I pagi tadi??"
"Ingat la. I tengah tunggu la nih. Apa jawapannya??"tanya Zulkifli sambil memeberhentikan keretanya dan merenung kearah Anis
"Actually, I memang suka dekat U. Please terima I." tanya Anis
"Anis. I sebenarnyaaa..."
"If U tak terima I, I will tell my friend that you just rape me now. Please" ugut Anis
"WHAT?!!! I tak rogol u pun. Please la. Jangan buat dekat I macam nih"merayu Zulkifli
"If you dont want your name is everywhere, just accept my request." kata Anis
"Fine!! I accept it." kata Zul sambil dengan kemarahan membuak-buak

Akhirnya mereka pun pulang dengan Anis dihantar ke rumahnya....

Sunday 8 April 2012

Which Way Do You Choose??



Assalamualaikum...Which way do you choose?? The path thats close to Allah or the path that was far a way from Allah....Think wisely....(^_^)

Saturday 7 April 2012

Maybe...........It's my DESTINY....

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah, aku masih di sini menanti Si Dia.... Semakin hari semakin aku tabah dan setia menanti walaupun masih belum ada jawapan...Setiap kali aku berada di atas sejadah, setiap kali itulah aku akan menadah tangan kepada Allahurabbi agar dirinya milik ku... Hari-hariku bagaikan sang pokok yang rindu akan matahari...Apabila malam menjelma, mulalah bayu kesejukan memeluk tubuhku...Tetapi aku tetap bersabar untk berjumpa dengan sang matahari yangau anggapkan dikau...Aku masih sayang kepada mu...Aku bukanlah sang pemuitis yang pandai berkata-kata mengenai cinta tetapi jika aku diberi peluang untuk tunjuk betapa ikhlasnya hatiku untuk menerimamu, aku akan tunjuk sekian lama sudah...Tetapi aku hanya manusia yang hina dan biasa...Aku masih menanti dirimu....Percayalah padaku...

Ana Uhibbu Anti...........Ikhlas daripada luahan hati seorang hamba yang bernama Muhammad Ridzwan Bin Abdul Halim...............................