Pada hari ini, Adam
akan memulakan harinya dengan menjadi seorang pelajar sekolah rendah. Sejak
subuh lagi Adam sudah bersiap kerana terlalu gembira untuk memasuki sekolah
barunya itu.
“Mak Ti, panggil Adam
turun. Kita nak pergi dah.” kata Amira
“Baik Puan” balas Mak
Ti
Tanpa menunggu masa
lagi, Mak Ti segera mengatur langkahnya menaiki tangga rumah bangle tersebut ke
bilik Adam. Sesampainya Mak Ti ke bilik Adam, kelihatan tiada kelibat Adam
tiba-tiba Mak Ti terdengar suara Adam di bilik Aisyah. Mak Ti dengan segera ke
bilik Aisyah.
“Mama, Adam nak pergi
ke sekolah hari ini. Adam nak jadi pandai dan Adam nak bawa mama melancong
seluruh dunia.” kata Adam di ribaan Aisyah. Tetapi Aisyah tidak memberi
sebarang respon sambil merenung di luar jendela.
Mak Ti yang mendengar
kata-kata Adam itu terus mengalir air mata kerana Mak Ti tahu bahawa Adam
merupakan budak yang malang kerana tidak mendapat kasih sayang daripada
kedua-dua ibu bapanya dengan sepenuhnya.
“Mak Ti! Mana Adam?
Sudah lambat ni.”jerit Amira
“Baik Puan. Kejap.”
balas Mak Ti
Mak Ti dengan segera
mengeringkan basahan air matanya dengan sehelai kain dan segera memanggil Adam
“Adam. Mak Su sudah
panggil Adam. Cepat. Salam mama dulu.” kata Mak Tin
“Baik Mak Ti. Mama, Adam
pergi dulu ya? Mama tunggu Adam tau. Adam akan balik dengan secepat mungkin.
Sayang mama. Assalamualaikum mama.” kata Adam kepada Aisyah dan tetap Aisyah
tidak memberi sebarang respon.
“Jom Adam.” kata Mak
Ti
Selepas Adam bangun
untuk pergi ke sekolah tiba-tiba tangan Aisyah memegang tangan Adam dan tarik
Adam kepangkuan beliau. Adam terus membalas dakapan itu dengan tersenyum. Mak
Ti yang menyaksikan aksi tersebut terus dibasahi dengan air mata.
Selepas beberapa
ketika, Aisyah pun melepaskan Adam dan Adam terus turun ke bawah tetapi sebelum
turun ke bawah, Adam melihat Mak Ti yang dibasahi air mata.
“Mak Ti, kenapa mata
Mak Ti berair dan merah?” tanya Adam
“Ha? Oo.. Mak Ti
potong bawang tadi, terpercik kena mata Mak Ti. Itu yang merah dan berair ni.
Adam, cepat. Mak Su tengah tunggu Adam tu.” balas Mak Ti
“Baiklah Mak Ti.
Assalamualaikum” kata Adam sambil salam tangan Mak Ti
Setelah Adam turun,
Mak Ti berkata kepada Aisyah
“Puan, walaupun puan
tidak tahu apa-apa sekarang tetapi percayalah cakap saya. Adam amat mencintai
puan dan saya berjanji saya akan menjaga Adam sepenuhnya untuk puan” kata Mak
Ti.
Tiba-tiba, Aisyah
memaling kearah Mak Ti yang berada di hadapan pintu. Aisyah seolah-olah
mengetahui apa yang dikatakan oleh Mak Ti tersebut. Beberapa ketika kemudian,
Aisyah tersenyum kepada Mak Ti.
“Adam! Cepat sikit!”
jerit Amira
“Ya Mak Su. Adam
datang. Kejap.” balas Adam
“Lambat sungguh kamu.
Kita dah lewat ni. Pak Su marah kejap lagi tak tahu la.” kata Amira
Adam terus masuk ke
dalam kereta dan terus meminta maaf kepada Azman dan berjanji tidak akan buat
lagi.
“Pak Su, maafkan Adam.
Adam janji tak kan buat lagi.” kata Adam. Adam merupakan seorang yang murah
dengan sikap meminta maaf dan suka menunaikan janji.
“Baiklah. Lain kali
kalau lambat lagi macam ini, Pak Su tinggal ja ok?” kata Azman
“Baik Pak Su” balas
Adam.
Setelah Azman memberi
amaran kepada Adam , mereka pun bertolak dari rumah ke sekolah baru Adam iaitu
Sekolah Kebangsaan Damansara.
15 minit kemudian…..
“Kringgggg”.
Kedengaran bunyi loceng sekolah telah berbunyi sesudah mereka tiba di
perkarangan sekolah baru Adam itu. Sesudah bunyi deringan loceng itu,
kedengaran pula pengumuman yang diberikan oleh guru Sekolah Kebangsaan
Damansara.
“Perhatian kepada
semua pelajar baru yang ingin berdaftar sila ke dewan sekolah yang bersebelahan
dengan dewan sekolah. Sekian terima kasih.”
“Ha, Adam. Cepat ,
kita pergi ke dewan sekolah baru Adam” kata Amira
“Baiklah Mak Su. Mak
Su, cantik la sekolah baru Adam ni. Besar lagi.” kata Adam
“Of course my dear. Tengok la siapa yang memilihnya.” sebut Amira
dengan bangga
“Mak Su, kenapa Pak Su
tak ikut sekali?” tanya Adam
”Pak Su pergi kerja la
Adam. Kalau dia tak pergi siapa nak bagi Adam makan”
“Ooo. Mak Su baiklah
temankan Adam” kata Adam dengan senyuman
“My dear, Mak Su terpaksa teman kamu. Dah mama kamu tu gila. Kalau
dia tak gila Mak Su takkan duduk disini la. Mak Su time-time ni dah ada dekat shopping
complex dah.” kata Amira yang tidak sedar bahawa dia telah menyakiti hati
Adam.
Setelah mereka berdua
mencari tempat pendaftaran pelajar baru, akhirnya mereka berada juga dengan
pertolongan staff sekolah itu. Dewan sekolah itu kelihatan sesak dengan pelajar
baru dengan kedua-dua ibubapa. Ada yang menangis dan ada yang gembira. Tetapi
bagi Adam, dengan ketiadaan ibubapa kandungnya sendiri menemani beliau ke
sekolah baru merupakan perkara yang amat sedih bagi beliau.
“Assalamualaikum puan.
Anak ke?” kata seorang cikgu yang menyapa Amira yang terdiam dihadapan pintu
dewan tersebut.
“Eh, tidak. Ini anak saudara
saya. Ibunya sakit sedikit sebab itu saya teman anak dia ini.” kata Amira
“Ooo… Kamu nama apa?”
tanya cikgu tersebut.
“Nama Khairil Adam Bin
Joseph Abdullah.” jawab Adam dengan pertanyaan cikgu tersebut
“Baiklah Adam, nama
cikgu, Cikgu Ain.” kata cikgu tersebut
“Salam perkenalan
Cikgu Ain.” kata Adam
“Excuse me. Saya nak tanya pendaftaran macam mana ini?” tanya Amira
“Ooh..Puan pergi ke
meja hujung sana dan isi borang yang akan diberikan oleh staff sekolah.” kata
cikgu tersebut
“Thank You ye. Adam jom.”
Setelah diberikan
arahan oleh Cikgu AIn tersebut, Amira terus melangkahkan kakinya pergi ke meja
yang ditunjukkan sebentar tadi bersama-sama Adam. Setelah diberikan beberapa
borang, Amira pun pergi ke sebuah meja yang kosong intuk mengisi butir-butir
peribadi Adam yang diminta.
Setelah 10 minit
mengisi, Amira bersama-sama Adam pergi ke meja pendaftaran untuk penyerahan
borang kembali.
Setelah disemak dengan teliti oleh staff bersama dengan
guru-guru, Adam pun telah diberikan bilik darjah yang akan menjadi tempat
belajar Adam yang kekal bagi tahun pertamanya itu.
“Puan, bilik darjah
anak saudara puan adalah di 1 Cempaka. Selamat datang dan selamat belajar Adam.”
kata guru yang membuat pengasingan kelas tersebut
“Terima kasih ya.”
kata Amira
Mereka pun mengatur
langkah ke bilik dimana proses pembelajaran dan pelajaran daoat diberikan
kepada Adam iaitu di 1 Cempaka. Sesudah sampai, Adam diarahkan oleh Amira untuk
memilih tempat duduk didalam bilik darjah tersebut.
“Adam, pergi pilih
tempat duduk. Selepas itu, datang sini balik tau?” kata Amira
“Baiklah Mak Su” balas
Adam. Adampun memilih tempat yang kedua dihadapan dan berada di tengah-tengah
kelas.
Setelah Adam meletakkan beg sekolah beliau, tiba-tiba bahunya
seolah-olah disentuh oleh seseorang.
“Assalamualaikum.
Boleh kita berkawan” kata salah seorang daripada tiga orang yang berada
dihadapan Adam
“Waalaikumsalam.
Boleh. Nama saya Adam. Nama kamu bertiga siapa?” tanya Adam dengan senyuman
yang terukir di bibirnya itu.
“Nama saya Amir. Ini
Zizan dan yang botak itu Ismail. Salam perkenalan.Ismail ni yang duduk di
sebelah awak.” kata Amir yang mengetuai perkenalan yang baru tercipta itu.
“Oo.. hehehe, Salam
perkenalan juga. Semoga kita akan menjadi kawan yang baik di dalam bilik darjah
ini.’ kata Adam
“Ya, saya pun harap
begitu” kata Zizan sambil senyum
Mulai dari detik itu,
terciptalah satu hubungan persahabatan yang utuh dan tak akan dipisahkan oleh
apa-apa pun. Selepas memperkenalkan diri, Adam terus keluar untuk berjumpa
dengan Amira.
“Mak Su, Adam dapat
kawan baru hari ini.”
“Well, it good for you. Now Mak Su nak balik. Pukul 1 nanti Mak Su
datang ambil kamu. Jangan lewat.” kata Amira
“Ok Mak Su.
Assalamualaikum.” kata Adam sambil mengucup tangan Amira
Amira pun berlalu
pergi meninggalkan Adam di bilik darjah bersama-sama dengan rakan barunya itu. Tiba-tiba
ada seorang murid yang menjerit.
“Cikgu datang….”
Semua pelajar segera
berlari menuju ke tempat duduk masing-masing termasuklah Adam. Tiba-tiba
masuklah seorang guru perempuan yang berkebaya biru dan bertudung pink ke dalam bilik darjah tersebut.
“Assalamualaikum semua”
kata guru tersebut
“Waalaikumsalam cikgu.”
kata semua murid
“Baiklah, cikgu akan
menjadi guru kelas kamu pada tahun pertama kamu sini” kata guru tersebut
Tiba-tiba Adam terdiam
dan berkata didalam hati,
“Eh, cikgu ni macam
aku kenal ja” kata Adam.
Bersambung...................