Saturday 31 March 2012

Prolog Criminal Thinking

Joseph Abdullah merupakan jutawan dan beliau merupakan mualaf kerana beliau telah jatuh hati dengan Siti Aisyah binti Mohd Khalid. Disebabkan itulah beliau telah masuk Islam. Dengan hasil kebahagiaan rumah tangga yang telah terbina, mereka telah dianugerahkan seorang anak iaitu Khairil Adam bin Joseph Abdullah. Pada malam Adam dilahirkan, Joseph telah terlibat dengan kemalangan dan telah dibunuh. Dan setelah ibundanya iaitu Aisyah mendapati mengenai kematian suaminya, beliau telah menjadi gila dan telah dibunuh dengan keracunan di dalam makanan. Adam telah diserahkan kepada pak ciknya yang merupakan abang kepada Siti Aisyah yang merupakan ibunda Adam.

Setelah Adam meningkat remaja, beliau telah mengambil jurusan Sains Forensik untuk menyiasat kes kematian ayah dan ibunya. Pak ciknya iaitu Mohd Raziman Bin Mohd Khalid telah memberitahu Adam bahawa ayah dan ibunya mati bukan kerana mati normal, tetapi mati kerana dibunuh. Sejak dari itu kes ini cuba diselongkar oleh Adam. Adakah Adam dapat menyelesai kemelut yang melanda dirinya itu??

COMING SOON AT MY BLOG!!!

        Dikarang Oleh:

Ridzwan

Friday 30 March 2012

Janji Kita Dahulu II

Di Hospital Besar Perak............


"Assalamualaikum nurse, mana anak saya??" tanya mak Minah dan Mak Timah serentak di kaunter pertanyaan Hospital Besar Perak
"Waalaikumsalam. Nama anak mak cik berdua apa?" tanya nurse hospital itu
"Anak mak Timah nama dia Zulkifli. Nama anak mak cik Siti Sarah" kata Mak Timah
"Oooo... Anak mak cik blik 409 dan anak mak Timah bilik 408"
"Terima kasih anak.." kata Pak Johan

Keluarga Pak Johan dan keluarga Pak Wahab pun beredar dari kaunter pertanyaan itu lalu bergeegas ke bilik anak mereka masing-masing. Dengan perasaan yang gundah-gulana bercampur perasaan sedih membuatkan pergerakan mereka menjadi cepat untuk ke bilik yang telah diberitahu oleh pihak hospital sebentar tadi.

Di bilik 408 iaitu bilik Zulkifli


"Assalamualaikum Zul!!" kata Mak Minah
"Waalaikumsalam. Mak!! Abah!!Abang!!..."jerit Zulkifli
"Ya Allah abang...Anak kita abang. Siapa yang buat kau macam nih Zul??" tanya mak Minah sambil tangisan mula kelihatan.
"Mana Zul nak tau mak. Waktu tu kelam sangat-sangat. Tapi yang Zul tau ada dua orang. Sarah kena rogol mak. Zul tak dapat selamat dia. Perogol tu terlalu kuat pukul Zul. Zul rasa bersalah sangat-sangat sebab tak dapat tolong Sarah.."
"Zul, kau pun kena musibah. macam mana kau nak tolong orang. Allah tahu niat kita Zul. Jangan cepat menyerah. InsyaAllah Sarah akan selamat." kata Pak Johan
"Baiklah abah. Zul akan cuba."

Di bilik 409 iaitu bilik Sarah


"Assalamualaikum Sarah" sebut kalimah suci oleh Pak Wahab
"Walaikumsalam.. Abah!! Mak!! Sarah minta maaf abah. Sarah tak minta semua nih abah. Kenapa jadi kat Sarah??" kata Sarah dengan tangisan mula gugur ke pipinya.
"Sarah. Kita siapa nak halang benda nih berlaku. Abah tak salahkan Sarah dengan Zul. Semua nih ketentuan Allah. kita redha. Mungkin ada hikmah yang ada disebalik kejadian nih. jangan risau na anak??" kata Pak Wahab
"Zul?? Abah, zul tak apa-apa kan??" tanya Sarah dengan nada risau
"Zul, Alhamdulillah. Dia tak apa-apa. Allah selamatkan korang berdua dengan hantar Pak Mail jiran Pak Usup. Dia yang jumpa korang berdua. Jadi bersyukurlah pada Allah."

Tak sempat Sarah berkata apa-apa, tiba-tiba muncul kelibat dua orang lelaki yang berpakaian seragam biru tua.

"Assalamualaikum. Saya Inspektor Azman dari bahagian siasatan jenayah. Saya ingin bertanyakan anak pak cik boleh tak??" tanya Inspektor Azman
"Walaikumsalam. Saya Wahab. Ini isteri saya Timah dan ini anak saya Sarah yang jadi mangsa rogol tu cik" kata Pak Wahab
"Baiklah. Pak cik dan mak cik boleh keluar kejap. Saya ingin mengemukan beberapa soalan kepada anak pak cik dan mak cik.
"Baik cik. Jangan risau Sarah. Mereka ni nak tolong. Ok?"
"Ok abah." kata Sarah

Tanpa menunggu masa lagi, Pak Wahab dan Mak Timah pun keluar dari bilik Sarah di tempatkan itu dan Inspektor Azman pun terus menyoal Sarah mengenai kejadian malam itu. Sesi meyoal itu berlangsung hampir 30 minit.

"Sarah, janganah takut segan atau apa-apa. Semua yang Sarah ingat merupakan peluang terbaik untuk menangkap penjenayah rogol itu. Jangan risau, pihak polis akan sentiasa menjaga Sarah." kata Inspektor Azman
"Baiklah. Perogol itu ada dua orang. Seorang itu mempunyai longat cina sedikit dan seorang laki melayu. Mereka berdua merogol saya bergilir-gilir bagaikan binatang. Sedangkan mata saya melihat Zukifli, iaitu kawan rapat saya. Selepas salah seorang mereka puas merogol saya, seorang lagi akan datang meneruskan kerja terkutuk itu. Dan seorang lagi terus memukul Zulkifli tanpa belas kasian. Setiap kali henjutan mereka melakukan kepada saya, setiap kali itulah air mata saya mengalir cik. Mereka melakukan kami seperti binatang!!..." kata Sarah

"Sarah ada mengesyaki sapa-sapa tak?"tanya Inspektor
"Ada. Dua itu saya mengesyaki Azmi dan Ah Chong. Mereka memberi ugutan kepada saya dan Zulkifli. Saya yakin mereka berdua"
"Baiklah. Sempel sperma yang kami ambil dari pihak hospital telah berada pihak kami. Kami akan mencari siapa yang melakukan inii dengan secepat mungkin. InsyaAllah. Terima kasih Sarah. Kerjasama kamu amat kami hargai." kata Inspektor

2 minggu selepas soal siasat oleh Inspektor Azman, akhirnya Azmi dan Ah Chong didapati bersalah atas kesalahan merogol bawah umur dan di penjara selama 25 tahun.


"Terima kasih Sarah. Sekarang penjenayah itu telah ditangkap. Nampaknya jangkaan kamu tepat. Tahniah Sarah. Nampaknya mereka takkan meneruskan kerja ini kepada sesiapa lagi." kata Inspektor
"Sama-sama Inspektor. Alhamdulillah. keadilan telah terlaksana.

Wednesday 28 March 2012

Janji Kita Dahulu I

10 tahun kemudian.........


"Assalamualaikum...Pak cik, Zulkifli ada tak??" tanya Sarah kepada Pak Johan
"Walaikumsalam. Eh! Sarah rupanya. Zul ada kat dalam. Kenapa?" tanya Pak Johan
"Tak, Sarah nak ajak dia main dengan Sarah petang ni. Pak cik benarkan tak?"balas Sarah
"Kenapa tak boleh nak. Boleh saja. Kejap, pak cik panggil dia. Zul !! Sarah datang ni ajak Zul keluar main dengan dia.. Cepat nak."
"Ya abah. Zul datang" sahut Zulkifli yang berlari kearah Pak Johan dengan Sarah
"Sarah....... Kamu apa khabar? Sihat?" tanya Zul
"Saya sihat saja. Awak, jom pergi main kat padang." ajak Sarah
"Boleh saja. Jom!"
"Sarah, Zul....Jangan main lama-lama. Balik sebelum senja tau? kata Pak Johan

Maka mereka pun berlari dari rumah Pak Johan dan seterusnya ke destinasi tempat satu perjanjian akan di buat. Mereka tidak merancanga ini tetapi dengan satu jenis permainan Zulkifli telah berjanji sesuatu kepada Sarah. 7 minit kemudian mereka pun sampai ke destinasi mereka yang berada 1 kilometer lebih dari rumah Pak Johan


"Zul, apa kita nak main? ada cadangan tak?"tanya Sarah kepada Zulkifli
"Mmmmm...Jom main police entry??? Mau tak??" balas Zulkifli
"Tak nak la. Nak main macam mana, kita dua ja yang ada. Kita main kawin-kawin nak tak?" cadang Sarah
"Oooo, boleh juga. Saya harap kita akan jadi seperti ini suatu hari nanti." kata Zulkifli
"Kamu nak ka kawin dengan saya nanti?" tanya Sarah
"Ye Sarah. Saya berjanji suatu hari nanti, kita pasti akan kawin."
"Saya pun Zul. Saya suka kamu juga." balas Sarah dengan senyuman yang terukir dibibir



Pada usia 17 tahun.......




"Bangun semua!....Assalamualaikum cikgu" kata ketua tingkatan iaitu Ehsan
"Assalamualaikum cikgu..." sahut pelajar kelas 5 Kasturi
"Walaikumsalam murid-murid. Duduk semua" balas Cikgu Nur Syazwani. Cikgu Nur Syazwani merupakan cikgu matapelajaran Sejarah.
"Baiklah, hari ini kita akan mengulang kaji semua tajuk dari tingkatan 4 dan 5 bagi memberikan kita kesediaan yang maximum bagi menghadapi peperiksaan SPM yang hampir 30 hari lagi akan melanda seluruh pelajar tingkatan 5 di Malaysia ini termasuklah kamu semua ini. Cikgu harap, semua pelajar cikgu nih berikan sepenuh perhatian dan kerjasama bagi menjayakan misi sekolah kita iaitu lulus 100% dalam matapelajaran sejarah pada tahun ini. Boleh tak?"
"Boleh cikgu Wani!!" balas pelajar dengan penuh semangat

Kelas 5 kasturi merupakan kelas yang terbaik di dalam SMK Taman Indah Jaya bagi tingkatan 5. Pengetua SMK Taman Indah Jaya juga telah meletakkan harapan yang tinggi supaya pelajar kelas 5 Kasturi akan mendapat keputusan yang cemerlang bagi tahun ini. Tetapi di dalam kelas 5 Kasturi terdapat dua orang budak yang pandai tetapi mempunyai sikap yang buruk iaitu Azmi dan Ah Chong. mereka sering mengusik pelajar kelas.

"Cikgu Wani cantik gila hari ni Chong. Tangkap leleh aku dibuatnya" kata Azmi
"Kau jangan Mi, aku yang ngorat dulu. Jadi aku tangkap leleh dulu la maaa" balas Ah Chong
"Tapi aku meluat la cikgu nih. Kalu kita berjaya ja mesti nak raikan sekolah dulu. Faham tak Chong?"
"Aku tiada fahamnye. Apa yang kau mahu cakap maa. Cakap la betul-betul supaya aku dapat tangkap maksud kau tu."
"Ok macam ni. Bayangkan kau dapat 9 A1 straight tiba-tiba sekolah mengumumkan kedudukan dan pencapaiaan sekolah dulu. Tak leceh ka?"
"Oooo.. Wa faham maa. Lu la yang leceh. Tak faham-faham dari dulu. Habis tu kau datang ke sekolah ni buat pa. Keluar la kalu tak nak umum pencapaian sekolah dulu. Haiyaaa! susah bikin ini macam orangnye" balas Ah Chong

Azmi ketawa dengan gelagat kawan baiknya itu. Maka proses pembelajaran dan pengajaran pun berlangsung dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Para pelajar kelas 5 Kasturi juga telah memberikan sepenuh perhatian dan kerjasama yang amat ketara sekali.

1 Jam kemudian.....


"Bangun kelas. Assalamualaikum dan terima kasih" kata Cikgu Syazwani
"Walaikum salam Cikgu" sahut pelajar kelas 5 Kasturi

Maka waktu persekolahan pun telah tamat. Tetapi perbuatan Azmi dan Ah Chong masih tidak berkesudahan. Kali ini, Sarah yang menjadi mangsa mereka.Perbuatan mereka ini berlaku sesudah Sarah keluar dari kelas.

"Sarah... Apa khabar sayang??"kata Azmi
"Eeeee... Kau napa Azmi. Sapa sayang kau? yang pasti bukan aku. Sory sikit.." balas Sarah dengan tegas
"Alah, kau nih jual mahal la. kau cantik lah Sarah. Jom kita couple?" tanya Azmi
"Sory cikit...Muka pun macam apa tah nakkan kita..Eh! banyak lagi perempuan li luar sana, napa kau tetap ganggu aku. Aku tak suka kau tau tak." jawab Sarah

Tiba-tiba Zulkifli datang dari belakang dan terus menumbuk Azmi tanpa menyoal lagi.

"Kau kenapa??!!!!...ingat HERO MALAYA ka??? kalau luu mau gaduh, gua anytime punya.." kecam Azmi
"Baik luu belah ...Sebelem sebelah lagi lu pnya pipi aku hancurkan..Belah!!!"marah Zulkifli

Azmi pun meninggal tempat itu dengan penuh dendam. Dan Azmi mengatakankan sesuatu kali terakhir sebelum dia meninggalkan tempat itu.

"Zul, kau jangan menyesal kalau berlaku apa-apa dekat Sarah!!" balas Azmi
"Dah, hiraukan Azmi tu... Sarah Ok??"
"Sarah ok ja. Kenapa Zul tumbuk Azmi?" tanya Sarah
"Zul tak boleh kalau orang yang Zul sayang dikebas oleh orang lain. Dah la... Jom balik"
"Jom.." balas Sarah dengan senyuman


Pada waktu malam, semasa Sarah dan Zul pulang dari pengajian Al-Quran, sesuatu telah menimpa mereka. Sarah ditarik oleh seorang lelaki yang bertopeng muka dan Zul pula dipukul dengan kuat oleh seorang lagi lelaki yang bertopeng muka sehinggakan tidak menyedarkan diri. Sarah telah dirogol bergilir-gilir di dalam semak oleh dua lelaki itu. Segala jeritan Sarah telah disekat apabila salah seorang lelaki itu menyumbat sehelai kain ke dalam mulut Sarah.

15 minit yang penuh keseksaan kemudian....

Akhirnya nafsu kedua-dua lelaki itu sudah tiada, ditinggalkan Sarah dengan Zul di dalam semak. Tetapi sesudah mereka pergi, terdapat seorang lelaki penduduk kampung ternampak jasad Zulkifli dan Sarah bermandikan darah. tanpa berlengahkan lagi, dia pun menelefon pihak hospital dan polis. Setelah lama menunggu, akhirnya Sarah dan Zulkifli dikejarkan ke Hospital Besar Perak dan Pak Johan serta Pak Wahab juga telah di maklumkan oleh pihak hospital bahawa Sarah dan Zulkifli telah berada di hospital. Stelah mereka dimaklumkan bahawa anak mereka berada di hospital, tanpa menunggu masa lagi, mereka bergegas ke Hospital Besar Perak.....


Bersambung...........................

Janji Kita Dahulu

Malam jumaat 17.4.1985...


"Mat! Datang kat abah jap." kata Pak Johan kepada anak bongsu mereka itu iaitu Ahmad
"Ya Abah. Ada apa?" tanya Ahmad
"Nih, mak kau dah nak bersalin nih. Pergi ke umah mak bidan Endut. Kata mak kau dah nak keluarkan adik kau nih" balas Pak Johan
"Baik abah" kata Ahmad yang patuh pada arahan ibu bapa dia

Tanpa menunggu masa lagi, Ahmad terus berlari keluar dari rumah yang berasaskan kayu itu dengan sekuat hatinya. Dalam kekalutan itu, Ahmad sempat bermonolog di dalam diri.

"Kesian mak aku. Macam tu ka dia lahirkan aku? Teruk ja aku tengok. Begitu besar pengorbanan kau mak kepada aku. Sanggup bergadai nyawa demi melahirkan seorang manusia yang baru ingin mengenal dunia. Aku berjanji mak, aku akan jaga mak walaupun mak sakit ataupun sihat mahupun tua atau muda. Mat janji mak" kata Ahmad dalam hati.

Setelah penat berlari hampir 2 kilometer lebih, sampailah Ahmad di rumah mak bidan Endut yang terkenal di Kampung Sentosa. Tetapi Ahmad mendapati bahawa suasana di pekarangan rumah mak bidan agak riuh rendah dengan kelibat ramai manusia yang memenuhi ruangan rumah usang itu.

"Eh, apa yang jadi dalam rumah mak bidan nih?"tanya Ahmad seorang diri.
"Assalamualaikum. Mak bidan ada kt dalam tak??!" tanya Ahmad dengan nada yang kuat
"Walaikumsalam. Eh Mat! Kau rupanya. Mak bidan ada tapi dia sibuk sikit sekarang. Dia tengah tolong Mak timah kau tu bersalin. Apa hajat kau datang malam buta nih?" tanya Pak Wahab yang merupakan jiran sekampung dengan keluarga Pak Johan.
"Oh! Tak, abah suruh Mat datang panggil mak bidan sebab mak pun nak bersalin sekarang. Pak Johan boleh tolong beritahu mak bidan suruh datang ke rumah Mat bila habis nanti na Pak Wahab?"jelas Ahmad kepada Pak Wahab.
"Oh! Baiklah, sat lagi Pak Wahab bagi tau mak bidan. Jangan risau Mat." balas Pak Wahab.

Tiba-tiba kedengaran suara tangisan bayi baru lahir Pak Wahab di dalam rumah mak bidan.
"Ya Allah, anak aku. Syukur pada mu Ya Allah." kata Pak Wahab sambil air mata mengalir membasahi pipi beliau.

Ahmad turut gembira tetapi beliau terus berlari pulang ke rumahnya untuk memberitahu bahawa pesanan ayahnya iaitu Pak Johan sudah dilaksanakannya. Dalam kepenatan, Ahmad berkata-kata seorang diri.
"Gembira sungguh Pak Wahab bila anak sulung dia dah dilahirkan. Macam tu ka perasaan abah waktu mak lahirkan aku??" tanya Ahmad kepada dirinya sendiri.

Setelah sampai di pekaranga rumahnya, Ahmad mendapati ayahnya berada di atas tangga rumahnya dalam keadaan letih.
"Abah, Mat dah bagi tau kat mak bidan. Tadi kat rumah mak bidan Mak Timah pun dah lahirkan anak sulung Pak Wahab. Satg lagi mak bidan datang la abah. Sabar ya abah?"
"Alhamdulillah anak aku nih. Tapi tak pa Mat. Mak kau dah selesai melahirkan adik kau tu. Adik kau tu lelaki Mat" kata Pak Johan dengan lenangan air mata membasahi pipi dia dan seterusnya memeluk Ahmad dengan gembiranya.

Tiba-tiba, Ahmad terdengar zikrullah yang diucap oleh mak tercintanya sambil mendodoi adik barunya itu.
"Laaaaila..haillallah....Laaaila...haillallahhh...Laaaila..haillallahh..Muhammadurrasulullah..."

Setiap kalu zikir itu berkumandang, air mata Ahmad tidak pernah berhenti mengeluarkan tangisan yang menggembirakan dan mengingatkan dia bahawa sayangnya mak kepada anak-anaknya walaupun dalam keadaan letih melawan maut. Dalam dua minit kemudian, mak bidan yang berusia 80 tahun itu pun tiba dengan dipimpin oleh Pak Wahab.
"Mana maknye yang lahirkan anak ni? Tak tahan sangat keee?" beleter mak bidan Endut.
"Mak bidan oiii. Maknye sudah lahirkan dah. Lepas Mat balik ja dari rumah mak bidan, maknyee sudah lahirkan. Lelaki mak bidan." jelas Pak Johan sambil ketawa kecil
"Alhamdulillah leee. Mari tok nak tengok anaknyee...Alahai, comelnyee anak ko nih Johan. Muka macam maknyee jee...Hidung ja mcm ko. Alahamdulillah" kata mak bidan Endut.

"Hahahaha. Ada-ada sajalah mak bidan nih.  Ha! Wahab, dengar kata bini kau pun selamat lahirkan anak. anak pa?"tanya Pak Johan kepada Pak Wahab
"Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Anak perempuan Johan. Nama pun aku dengan Timah dah cari dah. Siti Sarah namanya." jelas Pak Wahab
"Subhanallah. Sedap nama tu Wahab. Aku mungkin nak letak nama Zulkifli." kata Pak Johan
"Ok la tu Johan. Eh! Moleknya aku balik dulu. Timah duk tunggu aku kat rumah. Assalamualaikum"  kata Pak Wahab
"Walaikumsalam"

Sebaik sahaja Pak Wahab pulang, Pak Johan mendongakk ke langit sambil melihat keindahan langit pada malam harinya. Lalu Pak Johan bermonolog.
"Ya Allah, hari ini kau sudah memberikan aku seorang lagi permata hidup aku. Aku berdoa semoga dia menjadi anak yang berjasa suatu hari nanti. Ameen..." kata Pak Johan...

Bersambung............................