Wednesday, 28 March 2012

Janji Kita Dahulu

Malam jumaat 17.4.1985...


"Mat! Datang kat abah jap." kata Pak Johan kepada anak bongsu mereka itu iaitu Ahmad
"Ya Abah. Ada apa?" tanya Ahmad
"Nih, mak kau dah nak bersalin nih. Pergi ke umah mak bidan Endut. Kata mak kau dah nak keluarkan adik kau nih" balas Pak Johan
"Baik abah" kata Ahmad yang patuh pada arahan ibu bapa dia

Tanpa menunggu masa lagi, Ahmad terus berlari keluar dari rumah yang berasaskan kayu itu dengan sekuat hatinya. Dalam kekalutan itu, Ahmad sempat bermonolog di dalam diri.

"Kesian mak aku. Macam tu ka dia lahirkan aku? Teruk ja aku tengok. Begitu besar pengorbanan kau mak kepada aku. Sanggup bergadai nyawa demi melahirkan seorang manusia yang baru ingin mengenal dunia. Aku berjanji mak, aku akan jaga mak walaupun mak sakit ataupun sihat mahupun tua atau muda. Mat janji mak" kata Ahmad dalam hati.

Setelah penat berlari hampir 2 kilometer lebih, sampailah Ahmad di rumah mak bidan Endut yang terkenal di Kampung Sentosa. Tetapi Ahmad mendapati bahawa suasana di pekarangan rumah mak bidan agak riuh rendah dengan kelibat ramai manusia yang memenuhi ruangan rumah usang itu.

"Eh, apa yang jadi dalam rumah mak bidan nih?"tanya Ahmad seorang diri.
"Assalamualaikum. Mak bidan ada kt dalam tak??!" tanya Ahmad dengan nada yang kuat
"Walaikumsalam. Eh Mat! Kau rupanya. Mak bidan ada tapi dia sibuk sikit sekarang. Dia tengah tolong Mak timah kau tu bersalin. Apa hajat kau datang malam buta nih?" tanya Pak Wahab yang merupakan jiran sekampung dengan keluarga Pak Johan.
"Oh! Tak, abah suruh Mat datang panggil mak bidan sebab mak pun nak bersalin sekarang. Pak Johan boleh tolong beritahu mak bidan suruh datang ke rumah Mat bila habis nanti na Pak Wahab?"jelas Ahmad kepada Pak Wahab.
"Oh! Baiklah, sat lagi Pak Wahab bagi tau mak bidan. Jangan risau Mat." balas Pak Wahab.

Tiba-tiba kedengaran suara tangisan bayi baru lahir Pak Wahab di dalam rumah mak bidan.
"Ya Allah, anak aku. Syukur pada mu Ya Allah." kata Pak Wahab sambil air mata mengalir membasahi pipi beliau.

Ahmad turut gembira tetapi beliau terus berlari pulang ke rumahnya untuk memberitahu bahawa pesanan ayahnya iaitu Pak Johan sudah dilaksanakannya. Dalam kepenatan, Ahmad berkata-kata seorang diri.
"Gembira sungguh Pak Wahab bila anak sulung dia dah dilahirkan. Macam tu ka perasaan abah waktu mak lahirkan aku??" tanya Ahmad kepada dirinya sendiri.

Setelah sampai di pekaranga rumahnya, Ahmad mendapati ayahnya berada di atas tangga rumahnya dalam keadaan letih.
"Abah, Mat dah bagi tau kat mak bidan. Tadi kat rumah mak bidan Mak Timah pun dah lahirkan anak sulung Pak Wahab. Satg lagi mak bidan datang la abah. Sabar ya abah?"
"Alhamdulillah anak aku nih. Tapi tak pa Mat. Mak kau dah selesai melahirkan adik kau tu. Adik kau tu lelaki Mat" kata Pak Johan dengan lenangan air mata membasahi pipi dia dan seterusnya memeluk Ahmad dengan gembiranya.

Tiba-tiba, Ahmad terdengar zikrullah yang diucap oleh mak tercintanya sambil mendodoi adik barunya itu.
"Laaaaila..haillallah....Laaaila...haillallahhh...Laaaila..haillallahh..Muhammadurrasulullah..."

Setiap kalu zikir itu berkumandang, air mata Ahmad tidak pernah berhenti mengeluarkan tangisan yang menggembirakan dan mengingatkan dia bahawa sayangnya mak kepada anak-anaknya walaupun dalam keadaan letih melawan maut. Dalam dua minit kemudian, mak bidan yang berusia 80 tahun itu pun tiba dengan dipimpin oleh Pak Wahab.
"Mana maknye yang lahirkan anak ni? Tak tahan sangat keee?" beleter mak bidan Endut.
"Mak bidan oiii. Maknye sudah lahirkan dah. Lepas Mat balik ja dari rumah mak bidan, maknyee sudah lahirkan. Lelaki mak bidan." jelas Pak Johan sambil ketawa kecil
"Alhamdulillah leee. Mari tok nak tengok anaknyee...Alahai, comelnyee anak ko nih Johan. Muka macam maknyee jee...Hidung ja mcm ko. Alahamdulillah" kata mak bidan Endut.

"Hahahaha. Ada-ada sajalah mak bidan nih.  Ha! Wahab, dengar kata bini kau pun selamat lahirkan anak. anak pa?"tanya Pak Johan kepada Pak Wahab
"Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Anak perempuan Johan. Nama pun aku dengan Timah dah cari dah. Siti Sarah namanya." jelas Pak Wahab
"Subhanallah. Sedap nama tu Wahab. Aku mungkin nak letak nama Zulkifli." kata Pak Johan
"Ok la tu Johan. Eh! Moleknya aku balik dulu. Timah duk tunggu aku kat rumah. Assalamualaikum"  kata Pak Wahab
"Walaikumsalam"

Sebaik sahaja Pak Wahab pulang, Pak Johan mendongakk ke langit sambil melihat keindahan langit pada malam harinya. Lalu Pak Johan bermonolog.
"Ya Allah, hari ini kau sudah memberikan aku seorang lagi permata hidup aku. Aku berdoa semoga dia menjadi anak yang berjasa suatu hari nanti. Ameen..." kata Pak Johan...

Bersambung............................

No comments:

Post a Comment