Joseph Abdullah merupakan jutawan dan beliau merupakan mualaf kerana beliau telah jatuh hati dengan Siti Aisyah binti Mohd Khalid. Disebabkan itulah beliau telah masuk Islam. Dengan hasil kebahagiaan rumah tangga yang telah terbina, mereka telah dianugerahkan seorang anak iaitu Khairil Adam bin Joseph Abdullah. Pada malam Adam dilahirkan, Joseph telah terlibat dengan kemalangan dan telah dibunuh. Dan setelah ibundanya iaitu Aisyah mendapati mengenai kematian suaminya, beliau telah menjadi gila dan telah dibunuh dengan keracunan di dalam makanan. Adam telah diserahkan kepada pak ciknya yang merupakan abang kepada Siti Aisyah yang merupakan ibunda Adam.
Setelah Adam meningkat remaja, beliau telah mengambil jurusan Sains Forensik untuk menyiasat kes kematian ayah dan ibunya. Pak ciknya iaitu Mohd Raziman Bin Mohd Khalid telah memberitahu Adam bahawa ayah dan ibunya mati bukan kerana mati normal, tetapi mati kerana dibunuh. Sejak dari itu kes ini cuba diselongkar oleh Adam. Adakah Adam dapat menyelesai kemelut yang melanda dirinya itu??
COMING SOON AT MY BLOG!!!
Dikarang Oleh:
Ridzwan
No comments:
Post a Comment