Thursday 10 May 2012

Janji Kita Dahulu IIII (Final Episode)

"Kenapalah aku terima tawaran dia tuh!! Padahal aku tak buat semua tu...Aduh..." merungut Zulkifli kepada diri sendiri apabila dia sudah berada di dalam bilik.
 "Kau kenapa nih Zul, aku tengok dekat pintu tu tadi asyik buat muka monyok dan marah ja" tanya Danial yang merupakan kawan di kolej dan kawan serumah juga.
"Aku tak ada apa-apalah. Dah la, aku nak tido. Esok ada kelas pulak. Dahdahdahdah. Keluar dan tutup pintu tu. Ha! Lampu sekali" ujar Zulkifli
"Baiklah boss!!" kata Danial

Pada keesokan paginya, deringan lagu SMS daripada telefon bimbit Zulkifli berbunyi dan deringan itu juga telah mengejutkan dia.
"Haish, siapalah yang sms aku pagi-pagi buta nih??"merungut Zulkifli
 Apabila Zulkifli melihat skrin telefon bimbitnya itu, terpapar nama Anis.
"Sayang, mai ambik I kat rumah. I tunggu U ok???kalau U tak datang ingat apa yang I akan lakukan."
SMS daripada Anis yang merupakan "kekasih" baru Zulkifli.
"Ahhhh!!Kenapalah ada manusia macam kau nih Anis...Haih.."ujar Zulkifli
Zulkifli pun membalas bahawa dia di dalam perjalanan ke rumah Anis sekarang..
"I'm on the way Anis. You tunggu je I ok?? Salam"

15 minit kemudian, Zulkifli pun sampai di hadapan rumah Anis.
"Lewatnya You Nih!!" marah Anis sambil memasuki kereta Zulkifli.
Tiba-tiba Anis ternampak sehelai selendang yang di berikan oleh Sarah kepada Zulkifli. Tanpa membuang masa lagi, Anis terus membuang seledang Sarah tanpa disedari oleh Zulkifli
"Nasib baik I datang juga. Kalau I tak datang. So calm down boleh tak?? Haih, kejap lagi I ada kelas. I tak ada masa untuk dengan You hari nih." kata Zulkifli
"HA!!! Nononono. You have to spend your time with me today or I will yang You rogol I. Your call" balas Anis dengan ego dia yang tersendiri.
"You pasal apa ha Anis?? Kalau You nak I pun jangan la anggap I macam anjing yang boleh You bagi arahan apa-apa pun. Please la." kata Zulkifli sambil merayu kepada Anis
"It's your call. Ok, kalau macam tu I setuju. Tetapi jangan sampai I dedahkan berita yang tak betul nih. Nanti You yang malu. Ok??" kata Anis
"Baiklah. Boleh tak I pergi ke kuliah sat lagi??" tanya Zulkifli
"Ok. but You Have to pick me up at Damansara ShoppingMall at 3.00 p.m ok??No late.."balas Anis
"Baiklah. I Pick You up later."

Selepas meenghantar Anis di Damansara ShoppingMall, Zulkifli terus menekan pedal minyak dan memecut untuk ke kuliah beliau. Kelas bermula pada jam 11.30 a.m tetapi Zulkifli masih tidak sampi di dewan kuliah beliau.

"Ada kau contact Zul kemana dia pergi sekarang? kenapa dia tak masuk lagi nih??"tanya Kumar kepada Danial dan Hafiz
"Ada, tapi dia tak angkat pun" kata Hafiz
tiba-tiba Zulkifli sampai ke dewan kuliah Profesor Madya Dr.Abdullah Aaron.
"Haih! kemana kamu pergi Zulkifli? Kuliah kita nak habis dah nih?? Baik kamu keluar sahaja." ujar Profesor Zulkifli
"Ada hal sikit Prof." kata Zulkifli dengan mengendahkan segala ucapan yang ditanya oleh Prof beliau itu. Zulkifli pun mencari tempat duduk berdekatan dengan kawan-kawan dia.
"Kau kemana Zul?"
"Kau nak tahu tak Anis sekarang dah jadi teman wanita aku. Tapi secara paksa la. Tetapi aku akan cuba mencintai dia" kata ZUlkifli tanpa menyedari bahawa Sarah menunggu dia di kampung halaman.

Di kampung, tiba-tiba air yang dibawa oleh Sarah untuk ayahnya iaitu Pak Wahab terjatuh lalu pecah.
"Ya Allah. Kenapa tiba-tiba jadi macam ini." ujar Sarah

"Wow! Kau hebatlah Zul. Aku bangga la dengan kau nih. Lepas ni kawan kita jadi budak hot la." kata Danial
"Ye la kowt. Hahaha" kata Zulkifli sambil ketawa bersama-sama dengan kawan-kawanya.
"Kalau kamu semua nak gelak keluar dari dewan nih!! Orang lain banyak lagi nak belajar" ujar Profesor Madya Dr. Abdullah Aaron
"Sory Prof!" kata serentak 4 sekawan itu

Pada pukul 3 p.m tepat Zulkifli sudah berada di hadapan pintu masuk Damansara ShoppingMall. Tiba-tiba terlihatlah kelibat Anis yang berpakaiaan mini skirt dan t-shirt MANGO dengan kasut bertumit tinggi.

"Macam mana sayang?? Ok tak shopping tadi??" tanya Zulkifli
"Ok saja. jom pergi minum. I dahaga la sayang" kata Anis
"Ok, tapi dekat mana You nak minum??" tanya Zulkifli
"Dekat Damansara club la. Situlah yang I selalu pergi. Cepat skit erk sayang??" ujar Anis
"Baiklah boss" kata Zulkifli sambil memecut ke Damansara Club yang merupakan tempat maksiat yang dipenuhi oleh mahasiswa dan mahasiswi melayu yang terleka dan terlena dengan ganjaran dunia sahaja.

Selepas 15 minit memandu dan akhirnya tibalah tempat yang dituju. Sesudah mengunci keretanya, Zulkifli terus memasuki tempat maksiat itu dengan megahnya sambil berpegangan tangan bersama dengan Anis.
"Di situ ada tempat kosong sayang."kata Anis
"Ok sayang." kata Zulkifli
"2 glass please" kata Anis
"Sayang, you have to try this drink. It just like mineral water but it feel so fresh" kata Anis lagi kepada Zulkifli
Minuman yang diberitahukan oleh Anis merupakan Vodka iaitu sejenis arak yang boleh memabukkan peminum dengan hanya beberapa minit. Warnanya sebijik dengan warna air mineral water. Zulkifli yang mengetahui minuman itu menolak dengan beberapa kali
"I dont want it. I baru sudah minum and makan tadi" kata Zulkifli
Selepas dipujuk beberapa kali oleh Anis, akhirnya Zulkifli pun meminumnya.
"Ala, please honey. This time only" kata Anis dengan beberapa kali kepada Zulkifli
"Alright. This time only ok. After this no more" ujar Zulkifli yang tidak mahu hati Anis kecewa dengan perangai dia.

Selang beberapa minit kemudian Zulkifli dan Anis telah berada dalam keadaan mabuk hingga ke lewat malam mereka berada di dalam club tersebut. Mereka menghabiskan masa dengan menari dan meminum arak iaitu air nereka. Pada pukul 12 tengah malam mereka pun pulang.
"Biar I bawa" kata Anis
"Eh! Tak mengapalah sayang. Biar I yang bawa." balas Zulkifli
"Nope. Let me drive ok? Just for once baby" kata Anis
"Ok lah. But, drive carefully ok??" kata Zulkifli

Akhirnya Anis memandu kereta Myvi Zulkifli tersebut dalam keadaan mabuk. Di satu persimpangan Anis ingin membuat pusingan U, tiba-tiba sebuah lori tanah menghentam kereta Zulkifli bagaikan gajah naik minyak. Bunyi hentaman itu boleh di dengari hampir 2 KM dari kawasan kejadian. Kemalangan ngeri itu mengakibatkan Anis meninggal tersepit si tempat memandu dengan kepada yang hampir terputus. Manakala Zulkifli yang tercampak keluar dari kereta beliau telah terselamat. Dalam bebearapa minit berlaku kemalangan tersebut, sampailah sebuah Ambulan, 3 kereta polis yang mengawal lalu lintas dan sebuah kereta Bomba.


Tiba-tiba Zulkifli tersedar daripada koma selama seminggu. Sepanjang beliau berada dalam keadaan koma, beliau asyik bermimpikan Sarah iaitu kekasih beliau yang setia menuggu dia. Apabila Zulkifli membuka mata secara perlahan-lahan, beliau ternampak Sarah yang berada di atas sejadah sambil membaca Al-Quran. Ketika Zulkifli  melihat Sarah yang setia menuggu dia walaupun dia telah tersalah simpang daripada jalan yang menuju ke Syurga terus menangis lalu memanggil Sarah.
"Sarah......"
"Ya Allah. Alhamdulillah. Abah, Mama, pakcik makcik. Abang Zul dah sedar" ujar Sarah yang memanggil kedua ibu bapa dia dan ibu bapa Zulkifli.

Mendengar kata-kata Sarah, Pak Johan dan Mak Minah terus masuk ke dalam bilik Zulkifli lalu memeluk Zulkifli.
"Abah, Mak. Zul nak minta maaf. Zul dah berdosa mak, abah. Zul nak bertaubat." kata Zulkifli sambil menangis
"Zul tak pernah wat dosa dekat Abah mahupun mak." kata Pak Johan
"Sarah. Maafkan Zul. Zul dah menduakan Sarah. Zul minta maaf. Zul sayang Sarah"
"Sarah maafkan. Sarah pun sayang Zul" ujar Sarah


1 tahun kemudian....
Sarah dan Zulkifli telah mendirikan rumah tangga. Dan mereka berada dalam kebahgiaan Ilahi. Zulkifli yang semakin mendekatkan diri kepada Sang Pencipta selepas berlakunya kemalangan pada tahun lepas.
"Assalamualakum warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah." Zulkifli memberi salam lalu membaca doa selepas solat.
"Abang, Sarah bersyukur sangat abang jadi milik Sarah juga akhirnya. Abang kotakan janji abang itu." kata Sarah selepas sembahyang Asar bersama-sama Zulkifli
"Abang hanya manusia Sarah. Allah yang mentakdirkan jodoh kita. Alhamdulillah. Abang sayang sangat-sangat Sarah. Abang nak tidor sebentar boleh tak Sarah." kata Zulkifli
"Boleh abang. Mimpi Sarah tau" kata Sarah sambil senyum
"Baiklah isteriku. Jaga diri" kata Zulkifli yang tidak tahu bahawa hidupnya bakal berakhir di atas sejadah.

Selepas memberi kebenaran untuk Zulkifli tidur, Sarah terus turun untuk mengutip pakaian yang dijemur pada tengahari tadi. Selepas sudah mengutip pakaian, Sarah mengambil baldi yang berisikan pakaian masuk kedalam rumah. Tiba-tiba baldi yang dipegang oleh Sarah jatuh lalu pecah
"Ya Allah. Apa yang jadi??" tanya Sarah sambil mengutip dan membawa pakaiaan yang dikutip dengan tangan dia sendiri.

5 minit sebelum masuk maghrib......


"Abang.. Bangun abang. Nak maghrib nih. Tak baik tidur lewat-lewat nih." kata Sarah
Selepas selang beberapa saat, Zulkifli tidak memberikan respon.
"Abang.. Abang..." kata Sarah sambil menggiyangkan bahu Zulkifli tetapi Zulkifli tidak memberikan respon juga.
"Abaanngggg..." kata Sarah sambil menangis
"Abang!! Jangan tinggalkan Sarah. Sarah tak bersedia lagi. Tolonglah abang!!!" rayu Sarah kepada Zulkifli yang telah kembali ke rahmatullah. Sarah terus menangis di sambil memeluk Zulkifli yang berada diatas sejadah.


20 tahun kemudian.......
"Ibu, jom balik."ujar Muhammad Farhan iaitu anak kepada Sarah dan Zulkifli. Sarah yang tahu bahawa dia mengandung selepas Zulkifli meninggalkan mereka berdua.
"Jom. Sanggup ayah kau meninggalkan ibu sendiri" kata Sarah kepada Farhan
"Dah la Ibu..Farhan tahu bahawa ayah masih sayangkan ibu walaupun farhan tak ada waktu tu.." kata Farhan
"Ibu tahu ayah kau sayangkan ibu.."kata Sarah sambil tersenyum..............................


TAMAT