Saturday 29 September 2012

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang mentadbir alam semesta ini kerana masih memberi peluang untuk kita hidup lagi di dunia ini..=)

Baiklah, post terbaru saya adalah berkenaan perasaan & fitrah manusia iaitu cinta...
Apa itu cinta?? Kenapa semua orang merasainya??

Baiklah, cinta adalah perasaan di mana setiap manusia ada malah haiwan pun ada perasaan cinta. Cinta adalah perasaan kasih dan sayangnya kita kepada seseorang. Kenapa semua orang merasainya?? Sebab itu adalah sifat di mana Allah sudah letakkan di dalam hati manusia. Kalau manusia tidak ada rasa cinta, maka kita tidak akan menyayangi pencipta kita iaitu Allah s.w.t dan kekasihNya iaitu Nabi Muhammad saw...=)



Ya, sesungguhnya cinta bukan milik kita sebab Allah sudah tetapkan jodoh kita di Luh Mahfuz. Cuma kita perlu bertawakkal untuk mencarinya..Jikalau kita masih tidak menjumpai atau berpisah janganlah bersedih kerana Allah tahu siapa yang terbaik untuk kita.




 Kalau kita bercinta tanpa ada niat untuk bernikah adalah HARAM sama sekali. perlukah kita bermain dengan perasaan orang lain?? Fikir kembali jika orang mainkan perasaan kita?? Apakah jawapannya??
Marah dan kecewa semestinya..=)
Oleh itu, rasulullah dah tetapkan tips untuk mencari jodoh....



Senangkan kalau mengikut apa yang Rasulullah kata? Senang...Sebab itu orang dahulu memilih untuk bercinta selepas kahwin. Sebab itu mereka kekal bahagia sehingga akhir hayat mereka...Tetapi memandangkan zaman modern ini, manusia memilih untuk bercinta sebelum berkahwin. Tidak salahnya, tetapi seimbanglah dengan cinta Allah yee...=)

Setakat itu sahaja... Doalah pada DIA sebab DIAlah perancang yang terbaik untuk kita...Wallahu'alam..
Assalamualaikum wbt....















Credit to:http://www.facebook.com/rusydeeartz?fref=ts, Rusydee Artz...=_



Friday 28 September 2012

5 Syarat untuk buat maksiat...Penting!!

Assalamualaikum w.b.t....

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah kerana memberi saya kesempatan untuk menulis post terbaru iaitu "5 Syarat Untuk Buat Maksiat"...Kepada para penggemar maksiat, sila dengar elok-elok ok??  =)

Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada kaum Adam mengenai gambar yang bakal ditayangkan yang mana kamu akan pilih ok??



@



"Alah, pakai tudung labuh pun bukannya baik pown...Buat Alim jaaaa??" 
Banyak dialog itu yang kita dengar...Tetapi macam mana kamu tahu bahawa dia tidak baik?? Adakah kamu pernah berkahwin dengan dia?? Kalau tidak, janganlah berburuk sangka kepada orang lain ok?? Allah tidak suka....Saya rasa banyak orang akan memilih gambar dibawah kerana sejuk mata memandang...Gambar diatas sudah ok, tetapi tidak tutup bawah sehingga menampakkan bahagian dalamnya...Tidak semestinya kita perlu memilih yang bertudung labuh dan berpurdah, tetapi pilihlah yang menutup aurat bukan membungkus aurat yee?? Hidup ini senang jika kita ikut syariat Islamiyah...=D


Baiklah berbalik kepada tajuk kita...mari kita selami cerita dibawah...=D


"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata,
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak"-"


Best kan?? Oleh itu, siapa yang berkelayakan untuk memenuhi kesemua syarat ini, maka bolehlah dia bermaksiat yee...

"Akal diberi jangan dilayan manja sangat, latihkan akal untuk memikirkan nikmat Allah...InsyaAllah hati akan jadi tenang...=)" - Petikan FB Muhammad Ridzwan

Selamat beramal dan salam berjihad di jalan Allah...=)
Assalamualaikum w.b.t

Thursday 27 September 2012

New Life At UiTM Seri Iskandar !!!

Assalamualaikum w.b.t......

Alhamdulillah..Pejam celik sudah sampai ke penghujung Semester 1 di Uitm nih. Sepanjang berada di Uitm nih, banyak dugaan n ujian yang ditempuhi... Hari demi hari aku tempuh dengan sabar n redha...Hari yang lepas tidak dikenang lagi kerana masih jauh lagi perjalanan aku untuk mencapai cita-cita ku... Setiap hari pasti ada kata-kata semangat yang aku ucapkan untuk menempuh hari demi hari... Tetapi inilah aku and this is my photo at Universiti Teknologi Mara(UiTM) Seri Iskandar, Perak Darul Ridzuan.....




-- Muhammad Ridzwan Bin Abdul Halim --
-- Sekretariat Pehubungan Korporat, Protokol & Kualiti --
-- At Dahlia, Kolej Cempaka Sari --


-- Muhammad Ridzwan Bin Abdul Halim --
-- Kg. Chopin --
-- Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) --


-- Muhammad Ridzwan Bin Abdul Halim & Sir Norazlan Anual --
-- At MH Hotel, Ipoh --



-- Muhammad Ridzwan Bin Abdul Halim --
--Table Etiquette --
Nice...=D

And Last Photo......=)


-- Muhammad Ridzwan Bin Abdul Halim --
-- 18 years old --
--- SINGLE ---


That all about me at UiTM Seri Iskandar...Course Pengurusan Teknologi & Pejabat akann menjadi matlamat aku...InsyaAllah aku akan jadi orang yang berjaya pada masa hadapan..Amin...
Sekian.....



Ridzwan
28 / 09 / 2012