Saturday 29 September 2012

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang mentadbir alam semesta ini kerana masih memberi peluang untuk kita hidup lagi di dunia ini..=)

Baiklah, post terbaru saya adalah berkenaan perasaan & fitrah manusia iaitu cinta...
Apa itu cinta?? Kenapa semua orang merasainya??

Baiklah, cinta adalah perasaan di mana setiap manusia ada malah haiwan pun ada perasaan cinta. Cinta adalah perasaan kasih dan sayangnya kita kepada seseorang. Kenapa semua orang merasainya?? Sebab itu adalah sifat di mana Allah sudah letakkan di dalam hati manusia. Kalau manusia tidak ada rasa cinta, maka kita tidak akan menyayangi pencipta kita iaitu Allah s.w.t dan kekasihNya iaitu Nabi Muhammad saw...=)



Ya, sesungguhnya cinta bukan milik kita sebab Allah sudah tetapkan jodoh kita di Luh Mahfuz. Cuma kita perlu bertawakkal untuk mencarinya..Jikalau kita masih tidak menjumpai atau berpisah janganlah bersedih kerana Allah tahu siapa yang terbaik untuk kita.




 Kalau kita bercinta tanpa ada niat untuk bernikah adalah HARAM sama sekali. perlukah kita bermain dengan perasaan orang lain?? Fikir kembali jika orang mainkan perasaan kita?? Apakah jawapannya??
Marah dan kecewa semestinya..=)
Oleh itu, rasulullah dah tetapkan tips untuk mencari jodoh....



Senangkan kalau mengikut apa yang Rasulullah kata? Senang...Sebab itu orang dahulu memilih untuk bercinta selepas kahwin. Sebab itu mereka kekal bahagia sehingga akhir hayat mereka...Tetapi memandangkan zaman modern ini, manusia memilih untuk bercinta sebelum berkahwin. Tidak salahnya, tetapi seimbanglah dengan cinta Allah yee...=)

Setakat itu sahaja... Doalah pada DIA sebab DIAlah perancang yang terbaik untuk kita...Wallahu'alam..
Assalamualaikum wbt....















Credit to:http://www.facebook.com/rusydeeartz?fref=ts, Rusydee Artz...=_



1 comment: