Friday, 30 March 2012

Janji Kita Dahulu II

Di Hospital Besar Perak............


"Assalamualaikum nurse, mana anak saya??" tanya mak Minah dan Mak Timah serentak di kaunter pertanyaan Hospital Besar Perak
"Waalaikumsalam. Nama anak mak cik berdua apa?" tanya nurse hospital itu
"Anak mak Timah nama dia Zulkifli. Nama anak mak cik Siti Sarah" kata Mak Timah
"Oooo... Anak mak cik blik 409 dan anak mak Timah bilik 408"
"Terima kasih anak.." kata Pak Johan

Keluarga Pak Johan dan keluarga Pak Wahab pun beredar dari kaunter pertanyaan itu lalu bergeegas ke bilik anak mereka masing-masing. Dengan perasaan yang gundah-gulana bercampur perasaan sedih membuatkan pergerakan mereka menjadi cepat untuk ke bilik yang telah diberitahu oleh pihak hospital sebentar tadi.

Di bilik 408 iaitu bilik Zulkifli


"Assalamualaikum Zul!!" kata Mak Minah
"Waalaikumsalam. Mak!! Abah!!Abang!!..."jerit Zulkifli
"Ya Allah abang...Anak kita abang. Siapa yang buat kau macam nih Zul??" tanya mak Minah sambil tangisan mula kelihatan.
"Mana Zul nak tau mak. Waktu tu kelam sangat-sangat. Tapi yang Zul tau ada dua orang. Sarah kena rogol mak. Zul tak dapat selamat dia. Perogol tu terlalu kuat pukul Zul. Zul rasa bersalah sangat-sangat sebab tak dapat tolong Sarah.."
"Zul, kau pun kena musibah. macam mana kau nak tolong orang. Allah tahu niat kita Zul. Jangan cepat menyerah. InsyaAllah Sarah akan selamat." kata Pak Johan
"Baiklah abah. Zul akan cuba."

Di bilik 409 iaitu bilik Sarah


"Assalamualaikum Sarah" sebut kalimah suci oleh Pak Wahab
"Walaikumsalam.. Abah!! Mak!! Sarah minta maaf abah. Sarah tak minta semua nih abah. Kenapa jadi kat Sarah??" kata Sarah dengan tangisan mula gugur ke pipinya.
"Sarah. Kita siapa nak halang benda nih berlaku. Abah tak salahkan Sarah dengan Zul. Semua nih ketentuan Allah. kita redha. Mungkin ada hikmah yang ada disebalik kejadian nih. jangan risau na anak??" kata Pak Wahab
"Zul?? Abah, zul tak apa-apa kan??" tanya Sarah dengan nada risau
"Zul, Alhamdulillah. Dia tak apa-apa. Allah selamatkan korang berdua dengan hantar Pak Mail jiran Pak Usup. Dia yang jumpa korang berdua. Jadi bersyukurlah pada Allah."

Tak sempat Sarah berkata apa-apa, tiba-tiba muncul kelibat dua orang lelaki yang berpakaian seragam biru tua.

"Assalamualaikum. Saya Inspektor Azman dari bahagian siasatan jenayah. Saya ingin bertanyakan anak pak cik boleh tak??" tanya Inspektor Azman
"Walaikumsalam. Saya Wahab. Ini isteri saya Timah dan ini anak saya Sarah yang jadi mangsa rogol tu cik" kata Pak Wahab
"Baiklah. Pak cik dan mak cik boleh keluar kejap. Saya ingin mengemukan beberapa soalan kepada anak pak cik dan mak cik.
"Baik cik. Jangan risau Sarah. Mereka ni nak tolong. Ok?"
"Ok abah." kata Sarah

Tanpa menunggu masa lagi, Pak Wahab dan Mak Timah pun keluar dari bilik Sarah di tempatkan itu dan Inspektor Azman pun terus menyoal Sarah mengenai kejadian malam itu. Sesi meyoal itu berlangsung hampir 30 minit.

"Sarah, janganah takut segan atau apa-apa. Semua yang Sarah ingat merupakan peluang terbaik untuk menangkap penjenayah rogol itu. Jangan risau, pihak polis akan sentiasa menjaga Sarah." kata Inspektor Azman
"Baiklah. Perogol itu ada dua orang. Seorang itu mempunyai longat cina sedikit dan seorang laki melayu. Mereka berdua merogol saya bergilir-gilir bagaikan binatang. Sedangkan mata saya melihat Zukifli, iaitu kawan rapat saya. Selepas salah seorang mereka puas merogol saya, seorang lagi akan datang meneruskan kerja terkutuk itu. Dan seorang lagi terus memukul Zulkifli tanpa belas kasian. Setiap kali henjutan mereka melakukan kepada saya, setiap kali itulah air mata saya mengalir cik. Mereka melakukan kami seperti binatang!!..." kata Sarah

"Sarah ada mengesyaki sapa-sapa tak?"tanya Inspektor
"Ada. Dua itu saya mengesyaki Azmi dan Ah Chong. Mereka memberi ugutan kepada saya dan Zulkifli. Saya yakin mereka berdua"
"Baiklah. Sempel sperma yang kami ambil dari pihak hospital telah berada pihak kami. Kami akan mencari siapa yang melakukan inii dengan secepat mungkin. InsyaAllah. Terima kasih Sarah. Kerjasama kamu amat kami hargai." kata Inspektor

2 minggu selepas soal siasat oleh Inspektor Azman, akhirnya Azmi dan Ah Chong didapati bersalah atas kesalahan merogol bawah umur dan di penjara selama 25 tahun.


"Terima kasih Sarah. Sekarang penjenayah itu telah ditangkap. Nampaknya jangkaan kamu tepat. Tahniah Sarah. Nampaknya mereka takkan meneruskan kerja ini kepada sesiapa lagi." kata Inspektor
"Sama-sama Inspektor. Alhamdulillah. keadilan telah terlaksana.

No comments:

Post a Comment