Wednesday 3 October 2012

Criminal Thinking : Part I


Di taman perumahan berdekatan Kota Damansara, Kuala Lumpur


“Assalamualaikum…I’m home darling…” kata Joseph Abdullah yang merupakan mualaf jutawan syarikat barang elektronik computer.

Beliau memasuki Islam 2 tahun lepas kerana hati beliau telah terpikat kepada seorang gadis melayu iaitu Siti Aisyah Binti Mohd Khalid. Pada waktu Joseph menyukai gadis melayu ini, Aisyah bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di Kota Damansara. Joseph memikat Aisyah dengan memberi sumbangan kepada sekolah Aisyah mengajar dengan memberikan computer sebanyak 30 buah untuk sekolah itu. Sekarang Aisyah sudah dimiliki oleh Joseph dan setelah Aisyah menjadi isteri Jospeh, Aisyah terus berhenti kerja kerana Joseph tidak mahu membebankan Aisyah di rumah.


“Waalaikumsalam. Abang! ( sambil memeluk dan mencium tangan suaminya )..Bila abang balik?? Saya tak dengar bunyi kereta abang pun..” tanya Aisyah dengan buncitan perut yang menggandungkan seorang anak sulung lelaki mereka berdua.

“Abang balik dengan kereta abang la.. Cuba kamu tengok dekat depan tu.. Kereta abang kan?” beritahu Jospeh dengan loghat ala-ala orang putih bercakap melayu.

“Ooo…Betul la..ingatkan abang naik dengan siapa tadi. Abang, saya sudah masak makanan kesukaan abang”

“Nasi Daging Merah?? Subhanallah.. Pandai betul isteri abang nih.. Jom la makan sekali sayang…”kata Joseph

“Sebentar lagi saya pergi. Saya mahu bersihkan dapur kejap.”

“Apalah guna kita upah orang gaji if we don’t let them do the job that should they do it??..Mak Ti, bersihka dapur kejapkata Joseph dengan senyuman

“Baiklah cik!!” sahut Mak Ti yang merupakan ketua orang gaji di dalam rumah Joseph dan Aisyah. Di dalam rumah Joseph, terdapat hamper 10 orang gaji yang telah diambil. Mereka semua merupakan warganegara Malaysia.

“Baiklah abang…Makan la cepat abang… Sedap tak saya masak??” kata Aisyah

“Ye la…..Bismillah….Auuuuummmm….Mmmmmmm.. Ya Allah! Apa nih Sarah??!!” tanya Jospeh dengan muka yang pelik.

“Kenapa Abang???” tanya kembali dengan muka yang risau.

“Tak lah…Sedap sangat-sangat…hehehehe…”kata Joseph

“Ish, Abang ni kan. nak kena nih ( sambil mencubit manja Joseph )…”


Tiba-tiba Aisyah merasakan sesuatu yang memedihkan… Rupa-rupanya masa untuk Aisyah melahirkan anak sudah tiba.

“Abang!...I think it’s time….” Kata Aisyah dengan nada kesakitan.

“Ya, I know it time for me that say thank you for you for making this great meal.” Kata Joseph dengan nada ketenangan.

“No darling!!! IT”S TIME to me to get BIRTH!!!” jerit Aisyah.

“Oh! Sory-sory…Ok, let’s go baby..” kata Joseph dengan memimpin tangan Aisyah ke dalam kereta Mercedes beliau.

“Wait, I want to take your dress.. Wait ok??” kata Joseph


Selepas lebih kurang 5 minit pergi mengambil baju Aisyah, Joseph pun kembali dalam keadaan berlari kearah kereta lalu menghidupkan keretanya. Tanpa menunggu masa lagi, Joseph memandu dengan laju keretanya itu menuju ke Hospital Kota Damansara. Kereta Mercedes Joseph bagaikan harimau kumbang memecut dalam cuaca hujan rintik-rintik kerana ingin menyelamatkan isteri dan bakal anak yang akan dilahirkan oleh Aisyah. Selepas 10 minit memandu, Joseph dan Aisyah pun smapai di Hospital Kota Damansara.

“Assalamualaikum.. Help nurse!! Isteri saya nak melahirkan anak. Air ketuban dia dah pecah..” jerit Joseph
Tidak lama kemudian, Aisyah dibawa ke bilik kecemasan.

“Encik.. Setakat ini saja. Sebentar lagi saya akan beritahu berita selanjutnya, Maaf encik…” kata salah seorang nurse
Lalu Joseph teringat bahawa dompet beliau tertinggal di rumah. Tanpa menunggu masa lagi, dia berlari kearah kereta dan mula memecut kereta dia ke rumah. Hujan semakin lebat mencurah kearah bumi seolah-olah ingin memberitahu sesuatu.

Tiba-tiba tanpa disedari, kereta beliau telah dilanggar dengan kuat oleh sebuah kereta pancuan 4 roda iaitu kereta Land Rover . Kereta Joseph berpusing beberapa kali dan akhirnya berhenti. Joseph dengan sedaya upaya keluar dari kereta tersebut. Hujan lebat semakin lebat gugur dari langit dengan dentuman guruh yang semakin kuat kedengaran. Semasa joseph keluar dari keretanya, beliau ternampak kelibat seorang memegang sepucuk pistol menuju kearah beliau. Lalu Joseph diangkat oleh lelaki itu dan lelaki itu mengarahkan beliau supaya duduk. Lalu lelaki itu berkata sesuatu di telinganya.

“Go To Hell!!” kata lelaki misteri itu

Lalu pistol itu diacu kearah Joseph lalu dentuman pistol meletup kedengaran. Sebutir peluru terus menembusi kepala Joseph. Sebaik sahaja dentuman pistol lelaki itu meletup, Aisyah yang berada di hospital pun menjerit dengan kuat dan akhirnya anak Joseph dan Aisyah pun selamat dilahirkan..Manakala di tempat kejadian lelaki itu terus meninggalkan mayat Joseph terbujur di atas jalan sambil hujan semakin lebat turun. Tidak lama kemudian, kedengaran siren polis menuju kearah tempat kejadian.

“0102 panggilan over…” kata seorang anggota polis

“0102 panggilan.. Berita ingin menyampaikan bahawa terdapat seorang lelaki ditembak mati di Jalan Damansara 4.”

“0100.. Berita faham..Adakah mangsa menaiki kereta??” tanya anggota polis di bilik kawalan

“ Ya, number pendaftaran kenderaan mangsa Juliet Ogos 111…” kata anggota polis rondaan

“Berita faham.. 5 minit lagi bahagian forensic akan tiba.. Diminta anggota mengawal keadaan di sana.” Kata anggota polis bilik kawalan

“Berita faham. Roger and out..

Hospital Kota Damansara
Sementara itu, Aisyah yang baru melahirkan anak berasa teramat gembira dengan keturunan Joseph iaitu suaminya itu. Beberapa minit kemudian, seorang jururawatpun datang kearah Aisyah.

“Puan Aisyah. Saya ingin memberitahu sedikit berita…Mmmmm”

“Apa nurse??” sahut Aisyah dengan senyuman

“Mmmm…Suami puan mengalami kemalangan jalan raya semasa pulang tadi”

“ Ha!! Dia selamat ke tak nurse??” Tanya Aisyah dengan terkejut

“Saya minta maaf puan” jawab jururawat itu


Tiba-tiba suasana menjadi sepi sambil kelihatan lelehan air mata Aisyah dipipi tanpa suara. Anak yang baru dilahirkan Aisyah segera diambil oleh jururawat itu tadi dan meletakkannya di tempat bayi dilahirkan. Selang beberapa minit kemudian kedengaran jeritan Aisyah diatas kematian suaminya itu.

“Ya Allah!!!!! Abaannnngggg. Kenapa tinggal Aisyah dengan anak kita” jerit Aisyah bersama-sama tangisan kesedihan.
Tiba-tiba anak Aisyah turut menangis seolah-olah mengetahui kehilangan ayahnya.



Bersambung....................=)

No comments:

Post a Comment